Selasa, 5 Februari 2013

mimpi AZNIL!

gambar ni pinjam kat limauais.com
Sebelum BACA tulisan saya ini, diingatkan artikel ni takde kena mengena dengan sesipa.. cuma nak tulis mimpi aku je.. Yang aku sendiri tak tahu napa aku mimpi macamni.

Disebabkan mimpi malam tadi aku pi jenguk blogspot Paknil. Tak terlintas difikiran aku untuk jumpa Aznil apatah lagi mimpi nak paknil... Kalau aku tengok paknil kat Tv tu just tengok. Macam aku tengok artis lain gak.

Tapi entah pesal, bangun pagi ni terkekeh kekeh aku gelak... gila apa aku mimpi paknil jadi bos aku.. tension!!! Ni mungkin pasal aku tengok rancangan baru astro 'ha..kan dah kena ari tu'. Masa tu mereka kenakan Paknil.

Masa tengok rancangan tu ..aku cakap.. la ni tempat biasa aku. Memang la, tempat keje aku dengan Paknil beberapa meter je, dan umah aku dengan paknil dekat je.
Masa tonton 'ha.. dah kena tu' So aku cakap.. la ni dekat Enterprise 4 Technology Park Malaysia, opis astro kat kat situ tempat aku lalu hari hari masa keje. Tak sedar diri, now dah resign kan.

Aku baru je menjenguk blog Paknil, nampaknya sibuk Aznil Haji Nawawi ni, terbaru blognya di update pada August 2012 tu pun youtube tomtombak je. Apapun TAHNIAH buat paknil kerana jadi antara orang penting Astro.

Dan apa paling best aku suka baca ulasan tentang diri di blog paknil berbunyi :

"Tak sama sebenarnya apa yang anda tonton dengan saya yang sebenar.Saya ni nampak di kaca tv memang gila-gila dan suka bergurau tetapi anda cuma nampak 50 peratus sahaja daripada personaliti saya.Sebenarnya, saya cukup tak gemar dengan golongan yang kurang ajar. Baik orang dewasa, remaja atau kanak-kanak. Kalau saya marah, telinga saya akan merah! Saya ni memang jenis cengeng. Cepat tersentuh dan mudah menangis.Kadang-kadang dengar lagu sedih pun saya boleh tersentuh"

Ye la tu Paknil... karakter yang sama dalam mimpi aku...
 Cerita pasal mimpi aku? ni mimpi je tau... aku tak bohong dan jangan serius lak.. aku mimpi je..mimpinya macam ni...

 Aku tersempak Paknil kat Technology Park Enterprise 4 lobby. Masa tu lak, entah apa cerita pengurus paknil berhenti mengejut. Masa tu juga dia tinggalkan paknil terkapai kapa kat loby tu. Apa ntah diorang berselisih pendapat. Apa lagi riuh la paknil...  kat lobby tu.
Aku lak ada kat situ tengok je la drama tu.. hehheee..

 'Aku nak shooting semua baju aku macammana..' Paknil mebebel...
dan dalam kecoh tu paknil nampak aku, dia diam dan pergi ke arah aku....
Dia tahan aku macam lagak prof klon.. hahahaahaha
Tetiba dia berhenti membebel dan kearah aku. Alamak aku pelik , aku tengok je dia kecoh ...
pesal dia datang kat aku lak ni? Hati aku bercakap sendiri sambil membiarkan paknil datang dekat aku.

'ehh ko dah berenti keje dengan tech park kan? ko je la jadi pengurus aku... lagi pun ko dah biasa kawasan ni.. cepat cepat ada banyak keje nak buat. JOm..' arahnya kepada aku.
Aku lak terkebil kebil.. pesal lak ni? mana paknil tau aku dah berenti keje ni..?

Masa ni la Paknil membebel beri arahan.. Aku nganguk je.. ikut areahan ,..tak cakp nak atau tak nak. Kerja je la.

gambar bi pijamkat currentlife2u.com
'ha baju aku ada lima pasang kat kedai ni ..pastikan ambik sebelum pukul 2 petang. Aku shooting petang ni' pak nil beri arahan.
Sedang aku cal sana sini nak uruskan baju dia, tetiba paknil panggil aku lagi..
'aku rasa nak makan mee goreng la..' paknil cakap kat aku
'tapi aku nak angah yang masak' sambungnya.. lahai cute lak paknil ni..tak gaja macam tua..muda sokmo. macam muda dari aku lak.

La.. macam ni ke paknil? nak makan pelik pelik, aku kena cari tukang masak...letih la aku nak call semata-mata nak cari angah raja lawak master chef tu yang masak,,, nak sekarang lak tu. Ke anagh tu dah buk kedai.. senang la skit aku.'

adoii tension la bos aku ni...

lepas tu terjaga..hahaaaa aku gelak.. ngarut punya mimpi.. pesal la aku mimpi paknil sekali dgn manager nya ? aku tak pernah kenal siapa manager paknil... tak pernah tegur apatah lagi lainnya.
Cuma penonton setia macam macam aznil, suka tengok cara dia. Tapi tak logik pun satu..  Tak mungkin aznil cari manager sesenang dalam mimpi aku, cam gitu jek! lawak lawak.

Apapun mimpi ni mampu buat aku senyum jap.... Terima kasih Allah . Dia yang jadikan mimpi indah.

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails