Selasa, 5 Februari 2013

Dia telah pergi

Hari ni tugas aku bermula macam biasa, menelefon pelanggan unit trust... follow up dan buat temu janji. Berita terkini pelaburan dan bantu pelanggan macam biasa. Dan salah satu dari panggilan aku ada diolog ni:

' kak, tau ke kak Lin engineering dah meninggal dunia.. semalam lepas waktu zohor gitu'
'innalillah..' terkedu aku dengar khabar tu.

Baru minggu lepas aku jumpa bekas rakan sekerja atas urusan pelaburan. Dia ada bercerita tentang Lin yang masuk hospital kerana barah usus. Dan ketika tu Lin berada di hospital Sedang. Katanya Lin memang tenat dan nampak lesu sangat badannya.

Lin, kawan yang selalu datang kelas mengaji dengan ustazah Sharifah Khasif dulu. Ya aku ingat lagi wajahnya yang manis tu.

Sekarang ni aku dah tak pergi kelas mengaji lagi lagi, sebab aku secara rasmi bukanla staff company lagi. Jadi gugurlah keistimewaan  untuk hadir ke kelas mengaji tu lagi.

Menurut rakan aku tu, Lin sakit teruk, keadaannya lemah sangat lepas pembedahan usus tersebut. Kawan aku kata lagi dia ibu tunggal kepada tiga orang anak. Lagi tambah sayu aku dengar. Aku sempat berkirim salam je... Kalau aku nak pergi jenguk kena minta suami izinkan dulu.

Dan hari ni, aku tahu dia telah pergi. Aku dah confirmkan dengan kengkawan lain, memang benar dia telah pergi. Al fatihah buat Lin semoga rohnya di tempat orang beriman dan beramal soleh.

Rasa terkilan skit dihati ini, sebab aku langsung tak jenguknya di wad. Tak jumpa dengannya buat kali terakhir... hanya alfatiah aku sedekahkan buat arwah. Ya Allah tempatkan Lin sahabatku di tempat orang orang yang bertakwa dan di terima di sisimu. Ampunknlah dosanya, ringankan lah bebannya. Selama aku kenal dia, dia adalah seorang yang baik. Amin.

Sejenak aku termenung.. bila pula giliran Allah memanggilku? Mengigil pula hati ini kecut. Bersedia atau tidak, bila Allah panggil kita mesti pergi jua. Cukupkah bekalanku..? Aku jadi kecut perut.. macammana nak hadapi hidup di sana? Ya Allah ampunankan aku .. Palingkan wajahku dan jasadku dari melakukan dosa padamu.. Amin.  

2 ulasan:

Unknown berkata...

al-fatihah

serihati berkata...

tima kasih... saya doakan di adi tempat yg terbaik


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails