Isnin, 26 Mei 2008

idupku

tadi ..semalam dan hari ini.
boss panggil aku... katanya aku memo yg aku bagi bahasanya biasa.
otak aku masih belum kreatif. aku tak biasa membaca buku bahasa orang putih. jadi ayat orang putih aku tak bagus.
sebagai bos yang baik , dia menasihati aku supaya tiap kali memulakan tugas bacalah majalah orang putih dulu..biar tahu isu sekeliling..biar otak aku ni sentiasa 'up to date' dan biarlah aku terus mengambangkan kerjaya aku. lagipun tugas aku ada kaitan dengan isu semasa...tambahnya lagi jangan hidup aku hanya bersama suami... berbual dengan suami saja. hidup akan sempit... buka minda dan develop dlm hidup... takkan selama nya aku dijawatan ini? aku kena jadi pengarah syarikat sekurang kurangnya...
aku terima semua tegurannya. memang bagus nasihat itu... tak salah. kalau diikut mungkin benar aku boleh jadi tokoh koperat yg disegani ..aku tahu sbb aku ada qualification untuk itu. aku kena maju dlm idupp.. aku kena jadikan tokoh koperat macam dato dato yang kaya raya dan berjawatan itu sebagai idola. mungkin aku kena admire kereta umah besar dan cara mereka.... gahnya bukan...? itulah kata boss aku.

tapi boss...... aku lebih selesa memulakan tugas aku baca tafsir alquran.. aku lebih suka itu. dan aku lebih suka idolaku.. Rasullullah... baginda segalanya. tiada idola lain dalam hidupku. aku tak boleh tukarkannya...tak boleh...
aku tak boleh idolakan dato dato tu semua.... tak nak. dan suami aku adalah dunia aku. disitulah syurga aku taaat dan setia aku untuknya.
aku tak impikan jawatan tinggi ..aku tak impian duit yg banyak. seandainya perlu..aku akan usahakan untuk mengikut nasihat boss develop diri.
tapi bukan jawatan tinggi yg aku nak... bukan meng 'idola' orang koperat. aku buat kerana itu kerja aku..ibadah aku pada tuhan. dan selagi suami aku mengizinkannya.
Cukuplah Allah Redha padaku.
Aku cukup selesa... dari kerani hingga aku boleh jadi seperti hari ini. itu hadiah dari tuhanku...dan sesungguhnya jika aku berjaya meningkatkan diri atas nasihat boss. itu rezeki Allah untuk aku. aku terima dan shukur pada Allah.

wassalam

Ahad, 25 Mei 2008

Dimanakah tuhan ibu?

'suami kepada anak makcik tak kasi makcik datang rumah mereka.... tolonglah makcik' satu sms ringkas muncul di screen telefon Ima.

Ima merenung bersaja mebaca baris demi baris setiap huruf yg muncul di telefonnya... disandarkan kepalanya kekerusi. bagaimana harus kutegur dengan berhikmah. haruskan aku membisu seribu bahasa?? atau bersuara demi sebuah keamanan? seimbas pandang nampak seperti kejamnya si anak yang telah bersuami. sekali difikir..tentulah sianak yang tak tahu mengenang budi ibu. kejamnya anak.... tapi bila selembar demi selembar cerita itu dibaca... dimanakah tuhan ibu? itulah suara hati sianak.
sianak rakan karibku. aku cukup kenal budinya. Ahli keluarganya bukanlah asing bagiku.

mungkin inilah budaya kita, islam yang masih percaya pada yang karut. yang masih percaya selain dari tuhan. kalau setiap hari lidah mengucap'tiada tuhan selain Allah' tapi perbuatan tidak sekata. Benarlah larangan Allah, percayakan selain NYA membawa kehancuran dan dengki dan busuk hati dan bermusuh sesama manusia.

itulah yag terjadi bila anak yang dihantar kemenara gading berkahwin dengan insan yang tidak seberapa kelulusannya. Susahnya ibubapa ingin redha pd ketentuan ini. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. bila ini terjadi maka timbullah konflik dengan hasutan nafsu hati menuduh ilmu gunaguna terkena anak kesayangan sehingga mengenepikan orangtuanya dan memilih jejaka yang tidak layak dan tidak setaraf.

tapi ibu... hati mana tidak tersentuh... bila kau hadir diantara aku dan suamiku.. dan kau bertanya kan itu dan ini dalam rumahku sama ada wang gajiku atau suamiku? nampak dayuskah sangat suamiku sehingga dia seakan menumpang dirumahku. kecil hatinya ibu.... apapun dia suamiku..ayah yang menikahkan aku dengannya. Apakah yang ibu tabur dipenjuru rumahku, yang ibu conteng didinding dan yg ibu masukkan dlm makanan ku? kata ibu aku kena rasuk... kata ibu aku kena bomoh.

ketahuilah ibu... hatiku luka bila aku disisihkan. bila suamiku ditampar... bila keluarga melepaskan segala tidakpuas hati ibu tentang jodohku. aku bukan membenci... tapi aku sendiri jadi takut pada tindakan ibu... dan keluarga. ketahulah ibu... sepanjang hidupku, kami amat bahgia. suami ku tidak pernah mengasariku. dia menjaga aku dengan baik.. wang gajinya menampung hidup kami. sebagai isteri aku rela berkongsi segalanya. jangan lah begini ibu....

ibu cukuplah segalanya... jika ibu masih belum berpuas hati...berdoalah pada Allah semoga segalanya baik. usahlah ibu bawa jampi serapah... segalanya akan jadi lebih serabut. cukuplah ibu..yakinlah doamu ibu akan dimakbulkan Allah, tapi syirik percayakan bomoh cuma mewujudkan sengketa antara kita. mereka cuma ambil kesempatan pada kita....

aku sayangimu ibu... tapi aku tidak tahan menatapi wajah-wajah luka diantara ibu dan suamiku. fahamilah aku ibu.... tamatkanlah sebelum segalanya lebih melukakan. cuma satu penyelesaian ibu.... REdha pada kententuan Allah akan jodohku ini. berdoalah agar kehidupan kami bahgia. aku tidak sekali kali lupa pada kasih sayangmu...

Ima terus saja merenung siling... memikirkan bagaimana mahu didamaikan dua hati...? Allah bantulah mereka.... sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga. tapi bagi wanita apabila bersuami segalanya berubah. suamilah segalanya. Rintihan si ibu dan anak... keduanya memilukan... terpisah kerana syirik...
renung renungkanlah.....
wassalammm

Khamis, 22 Mei 2008

mampukah aku ... menyintaimu?

Malam telah berlalu.. kini siang menyinar cahaya. itulah kehidupan... lupakanlah malam agar siang lebih ceria. biar mimpi nyeri berlalu agar yang indah muncul kembali.

esok malam akan datang lagi.. bila mata ditutup...aku melihat senyummu..seri hatiku. penawar lara. bila mata kubuka.. aku juga ingin menatap wajahnya....

tapi entah bila waktu itu tiba...



aku pasti masa itu pasti tiba. Ya Tuhan degup jantung ini milikmu..biarlah denyutannya berlagu rindu... darahnya mengalir tanda akur pada-MU. Rahmatilah aku... Biarlah dihati ini cintaiku berbuah untukmu... hidup dengan rasa kasih sayangMu....

Rabu, 21 Mei 2008

bau yang terhidu

ergk.....
Bau apa ni? tetiba saja menerjah ke ruang rongga hidung. bau yang pekat, likat dan hangit singgah sepintas lalu. Membuat Ima terkejut seketika.
alamak... dia mula mengesan bau badannya.
terus dia duduk dimejanya, sedih dan malu... rasanya baru semalam dia kehabisan deodorant.
Rasa tidak selesa mula melingkari benak fikirannya.
fikirannya mula terarah pada satu pesanan yang pernah didengarinya...

' bau Rasullulah wangi... ahli tasawuf berpendapat bau badan berkait rapat dengan dosa. makin banyak dosa makin berbaulah badan. lihat saja anak kecil yan baru lahir... baunya wangi ..dicium sedap dan tidak busuk. makin membesar makin banyak dosa.. makin berbau badannya.
tidak seperti rasullullah... baunya sentiasa wangi....dirinya bebas dari dosa'

itu saja ayat yang berlegar legar di kepalanya. aku banyak dosa... aku berdosa... satu demi satu persoalan keluar dikepalanya.
satu demi satu tingkahlakunya mula dinilai...
aku minta maaf dengan suamiku pagi tadi...
aku tunaikan solat
aku balik kampung mejenguk orang tuaku
aku hormat mertuaku juga

tapi.........
aku telah lama tidak solat tahajud
aku mungkin selalu mendenagr orang mengupat
aku mula lalai dengan auratku
aku...

arghhh ........
ya Allah, ampunkanlah segala dosaku.

kerana bau tubuhku ini telah menginatkan aku supaya mengingati dosa-dosaku.
Ampunkan aku Ya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails