Selasa, 5 Mac 2013

Beza miskin dan kaya

Hari ni..
Emm... tak kuar kemana. Rasanya minggu ni kena round Shah Alam jumpa investor yang ada.  Amanah yang perlu di lakukan sebagai agen unit trust mesti di teruskan.
 
Hari ni buat keje online, update sistem,update blog, update hargsa unit amanah, last week naik pulak few fund. Minggu ni turun kot sebab nak nak pilihanraya. Ramai lak investor nak beli time pilihan raya sebab nak kaut untung. Masa murah dan jual masa harga naik esok.
 
So hari ni kejenya selak blog, cek email, insyallah khamis atau jumaat ni nak pi jumpa penerbit. Tak tau la buku ni diaorang terima ke reject.
Ada email baru minggu lepas, berkenaan offer dari publisher lain. Mula la nak hato goyah nak hantar draf kat sana. Tapi betul juga cakap hubby. Hidup pegang pada janji. Dah janji dengan orang, kena tepati. Kecik besar publisher bukan pokoknya. Yang penting bersungguh. Insyallah Allah akan beri jalan.
 
Hari ni ada sesuatu yang menarik untuk di kongsi. Sesuatu yang menarik perhatian aku..
Info dari buku “Secrets Of The Millionaire Mind” karangan T. Harv Eker
 
1. Orang kaya percaya: “Saya menentukan hidup saya.”
Orang miskin percaya : “Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh buat apa-apa.”

2. Orang kaya berusaha untuk menang tetapi orang miskin berusaha untuk tidak kalah.

3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya Tetapi orang miskin mahu menjadi kaya tanpa usaha komited.

4. Orang kaya berfikir besar dan orang miskin berfikir kecil.

5. Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang.dan Orang miskin fokus kepada halangan.

6. Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya & berjaya manakala orang miskin membenci orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah golongan yang jahat, menipu, sombong dan sebagainya.

7. Orang kaya bergaul dengan orang yang positif dan berjaya tetapi orang miskin bergaul dengan orang yang negatif atau tidak berjaya.

8. Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri mereka manakala orang miskin berfikir negatif tentang jualan dan promosi.

9. Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar daripada masalah yang dihadapi.
Orang miskin pula, menganggap diri mereka adalah lebih kecil daripada masalah mereka.

10. Orang kaya sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima kasih manakala orang miskin kurang bersyukur dan kurang berterima kasih.

11. Orang kaya memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan keputusan manakala orang miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.

12. Orang kaya berfikir “kedua-duanya”. Contoh.. saya boleh buat A DAN B
Orang miskin berfikir “sama ada / atau”. Contoh, mesti pilih antara A ATAU B

13. Orang kaya fokus pada jumlah nilai harta mereka tetapi orang miskin memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.

14. Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik dan orang miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.

15. Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka tetapi orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang .

16. Orang kaya bertindak walaupun takut tetapi orang miskin membiarkan ketakutan menghalang mereka.

17. Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu tetapi orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.


Banyaknya aku berada dalam kategori orang miskin. Sebenarnya isi kandungan ini lebih kepada orang berjaya dan orang tewas.

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails