Selasa, 23 April 2013

kuih bom bijan inti kelapa

Rasa macam nak  buat kuih muih petang ni.. Lama tak makan kuih bom ni.. Jom terjah cara lama yang duk dalam otak ni...



bahannya:
tepung pulut
tepung gandum
bijan
minyak
 air

inti
kelapa parut
gula melaka
gula putih



Caranya:

 Tepung pulut di campur tepung gandum ikut suka hati. lebih kurang 80 dan 20 camtu.
tambah air dan gaul agak boleh gentel.. senang kan?

intinya?
kelapa parut tambah gula melaka dan goreng jap atas dapur bagi sebati dan cantik

Ambik tepung gentelkan dan buat lubang , masukkan inti. lepas tu golek dalam bijan dan goreng dalam minyak . jgn panas sangat kalau meletop saya tak tau.. heheheee

dah siap dan sedap di makan.


tu la cara brutal dan senang saya memasak.

2 ulasan:

El-Janna berkata...

akak... resepi ni macam senang je.. pandai nya.. mai la anta kat kita.. kita ni salin je resepi tapi buatnya tak tahu la pandai ke tidak.. hehe

btw akk sebenarnya followers kita yang ke 1111.^^
meh tengok entry kita^^

seri hati berkata...

Tima kasih... best dapat no 1111 tu hehehee..tq balas lawatan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails