Khamis, 14 Mac 2013

Resepi roti jala senang

Ni lagi satu makanan kegemaran family untuk di kongsi. Ni kalau jual..memang tak menang tangan. Pesal la orang suka makan tepung yang tercarik carik macam ni.. tu la namanya roti jala.
Saya ni memang ada masalah nak bagi sukatan.. sebab memang masak suka main letak dan agak..

bahannya :
sebiji telur
tepung
pewarna kuning
sedikit garam
acauan roti jala

ok dah..
letak dua senduk tepung dalam blender, satu biji telur, garam skit dan air lebih kurang 4/3 mesin tu penuh dan aku blend je..
Pastu tapis. Kot ada yang tak hancur nanti ganggu acauan kuih jala tu.
Then panaskan kuali. saya suka pakai non stick. letak aduanan dalam acuan dan mulakan.

ok ni nak bagi tau tips.
kalau masa masak roti jala tu kan..  aduana tu laju kuar dari acuan..pas tu jadi macam lemping je.. tak canti jalanya , sila la tambah tepung skit supaya aduanan sedikit pekat dan sesuai buat roti jala.
sekiranya masa masak tu aduan tak kuar..tersekat sekat dan hanay ada titisan kecil sebiji sebiji jatuh ke atas kuali tu.. sila tambah air skit dan cuba dan skit dan cuba.. sampai ok.
tapi kalau ikut saya, insyallah dua senduk besar (senduk nasi tu. memang dah ngam dah dengan 3/4 blender saiz biasa).
 tu je.. selamat mencuba.



Isnin, 11 Mac 2013

Buat Teh sedap

Gamba bi pinjam google
gambar yang lain original
Salam..
Hari ni entry biasa.. tapi best. Sejak kawin, hubby suka minum teh. Dulu tak pandai .
Now .. ok la.. Jom share cara buat teh sedap.

bahannya rasanya semua orang tahu...
Teh
susu
dah tu je....

Cerita jap. Teh selalunya kat umah kita guna teh boh, lipton. Ros, cap masjid, teh perisa mangga dan ada teh serbuk yang hancur tu.. Memacam la. Kat sini ada skit petua. Kalau nak teh sedap kombinasi teh boh an lipton memang kaw.
Hehehe.. selalu saya campur kan dua tiga jenis teh dalam satu balang dan goncangkan serbuk teh tu. Itulah teh yang bakal di gunakan untuk buat teh. Tapi jangan la campur teh yang berperisa manggo ye.. memang tak sesuai.
Susu lak.. pakai la susu pekat manis, kalau susu tepung atau susu segar akan mengubah rasanya lain skit.
First masak air dalam periuk, sampai mendidih. Lepastu masukkan teh. Biar mereneh sekejapo dengan teh tu. Kat umah memang ada periuk memang khas utk masak teh. Tapi ada yang tanya, kalau nak rendam air panas je boleh ke? Boleh .. tapi kalau tak kaw jangan marah. Sebab rasa teh yang di rendam dan teh yang di rebus berbeza. Teh rendam hanya kembang, tapi teh yang di rebuskan akan keluarkan semua aromanya- Agak keras skit.
Kalau nak rendam juga, guna air betul betul panas.
Satu cawan biasa tu guna tiga sudu teh tau.. Sebab nak buat teh susu perlu teh yang pekat.
Dah siap rebus , dan nampak warna dah pejat tu, masukkan dalam kole. Petua lagi.. kadangkala teh tak sedap sebba susu tak pecah. makna nya susu tu tak betul betul laurt dengan sempurna dan bergabung dengan teh. So, kalau takde kole, cuba guna bekas yang agak besar skit dari cawan untuk kacau dengan laju dalam bekas tersebut. Sebab tu kat kedai mamak dia tarik, nak bagi susu betuk betul mix sempurna dengan teh.
Dah siap tu kacau dengan satu sudu susu pekat manis. Emm . susu pekat manis yang baru kuar dari peti sejuk tu.. guna satu sudu tau.. kalau susu pekat yang duk luar peti sejuk letak dua sudu. Tahu tak napa? Sebab ambik susu pekat yang dah sejuk.. sukatannya sama dengan dua sudu yang air.
lepas tu adjustla skit.
Lagi satu...asik lagi satu je. lagi banayk sebenarnya... hehheehee  setiap kali buat teh, keseimbangan penting. Jadi teh tak kan pahit pekat tawar dan tak sedap. Kalau teh pekat susunya banyak. Kalau teh tu tak pekat, letak susu pula banyak, teh akan akan jadi manis. Kalau teh pekat, susu nya skit teh akan jadi pahit. Paling senang, buat teh yang pekat dan adjust susunya untuk keseimbangan yang terbaik.
Kalau teh tak pekat memang tak sedap.
minum teh skit pun cukup. Yang penting puas, cukup rasanya. huhuhuu.. sebab hubby ni tak de teh tak boleh idup.. tak paham aku. ada orang kata minum teh boleh jadi addict. tu yg pi kedai mamak tiap hari.

Banyak lak aku memebebel... tapi tak pe la. Dari suami pi lepak kedai mamak baik dia lepak kat umah. setakat nak buat teh tu.. kita pun hebat, kalah mamak tu.. but sekali sekali ok la...
hehheee...




Selasa, 5 Mac 2013

Beza miskin dan kaya

Hari ni..
Emm... tak kuar kemana. Rasanya minggu ni kena round Shah Alam jumpa investor yang ada.  Amanah yang perlu di lakukan sebagai agen unit trust mesti di teruskan.
 
Hari ni buat keje online, update sistem,update blog, update hargsa unit amanah, last week naik pulak few fund. Minggu ni turun kot sebab nak nak pilihanraya. Ramai lak investor nak beli time pilihan raya sebab nak kaut untung. Masa murah dan jual masa harga naik esok.
 
So hari ni kejenya selak blog, cek email, insyallah khamis atau jumaat ni nak pi jumpa penerbit. Tak tau la buku ni diaorang terima ke reject.
Ada email baru minggu lepas, berkenaan offer dari publisher lain. Mula la nak hato goyah nak hantar draf kat sana. Tapi betul juga cakap hubby. Hidup pegang pada janji. Dah janji dengan orang, kena tepati. Kecik besar publisher bukan pokoknya. Yang penting bersungguh. Insyallah Allah akan beri jalan.
 
Hari ni ada sesuatu yang menarik untuk di kongsi. Sesuatu yang menarik perhatian aku..
Info dari buku “Secrets Of The Millionaire Mind” karangan T. Harv Eker
 
1. Orang kaya percaya: “Saya menentukan hidup saya.”
Orang miskin percaya : “Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh buat apa-apa.”

2. Orang kaya berusaha untuk menang tetapi orang miskin berusaha untuk tidak kalah.

3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya Tetapi orang miskin mahu menjadi kaya tanpa usaha komited.

4. Orang kaya berfikir besar dan orang miskin berfikir kecil.

5. Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang.dan Orang miskin fokus kepada halangan.

6. Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya & berjaya manakala orang miskin membenci orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah golongan yang jahat, menipu, sombong dan sebagainya.

7. Orang kaya bergaul dengan orang yang positif dan berjaya tetapi orang miskin bergaul dengan orang yang negatif atau tidak berjaya.

8. Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri mereka manakala orang miskin berfikir negatif tentang jualan dan promosi.

9. Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar daripada masalah yang dihadapi.
Orang miskin pula, menganggap diri mereka adalah lebih kecil daripada masalah mereka.

10. Orang kaya sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima kasih manakala orang miskin kurang bersyukur dan kurang berterima kasih.

11. Orang kaya memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan keputusan manakala orang miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.

12. Orang kaya berfikir “kedua-duanya”. Contoh.. saya boleh buat A DAN B
Orang miskin berfikir “sama ada / atau”. Contoh, mesti pilih antara A ATAU B

13. Orang kaya fokus pada jumlah nilai harta mereka tetapi orang miskin memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.

14. Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik dan orang miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.

15. Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka tetapi orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang .

16. Orang kaya bertindak walaupun takut tetapi orang miskin membiarkan ketakutan menghalang mereka.

17. Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu tetapi orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.


Banyaknya aku berada dalam kategori orang miskin. Sebenarnya isi kandungan ini lebih kepada orang berjaya dan orang tewas.

Sabtu, 2 Mac 2013

masak rasam

salam.. hari ni masak rasam...
Terus jek ambik gamba..
Kot ada yang nak tau macammana masak rasam.. boleh la kongsi yek..
Tapi jangan la kutuk, sebab ni resepi memang nak kasi cepat je.. tak de masa nak ambik herba yang di kisar satu satu..



bahannya.
serbuk rasam linggam ( nak pakai baba pun ok)



Jap ye.. Iklan heheeee.... ni nak cerita pasal baba dan lingam. Pesal saya suka lingam? sebab rasa rempah dia more - means kuat dari baba. Baba rasa rempahnya bagi saya light jee dan sesuai la untuk orang yang suka light, most malay suka baba dr lingam. Aku je melayu pelik.. suka lingam)

tapi untuk version ni aku mix keduanya sekali supaya lagi kaww.
ok yang lainnya
tomato
bawang merah
air asam jawa
sikit jintan
rempah campur campur tu..ada halba bagai..

jom masak.. senang je..
memula tumis bawang, dah agak kuning skit masuk la.. tomato bait jam pastu letak air asam jawa. Ni lagi satu nak bagitau. Air asam jawa tu biar masam ye. jangan masin. Sebab ada air asam yang masin je lebih. Tentang ni saya suka pakai asam jawa adabi yg tinggal guna je takde biji tu. memang masam takde masin. lepas tu letak rempah rasam dalam du asudu besar.. biar didih. tapi la kalau nak masuk rempah rasam tu masa menumis kan.. bancuh la dulu dengan air.
sebab kalau tak rempah tu akan hangus..rasam tak menjadi. sama gak kalau bawang hangus.. tak sedap langsung. Jangan lupa letak juga garam yek.
Rasam ni sedap makan dengan popodum.. tambah telur goreng. best..rasa masam tu macam tomyam berempah.. pandai la aku .. itu ikut lidah saya le..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails