Khamis, 12 September 2013

training Public mutual at SStwo mall

HAri ni saja nak letak picture masa training kat SStwo mall ss2 mall.
BAgi yang pertama kali pergi training kat sini, manala tau nak cari info mengenainya,..
Saja ambik gamba..snap snap..
Apapun selesa.. saya suka.. suka..
Tapi apapun pun training tempat lain mcm...bangsar ..cheras pun ok.. but kat sstwo mall ni besar.. dan paling best dapat shoping dlm suasana yang tak la sesibuk tempat lain..
Surau pun ok.. kena kongsi la dgn orang luar sekali.. semua ok la...
but mungkin ada berubah skit kott dlm bulan posa ari tu ada renovate dr pihak public bak..so kita tengok la pe bezanya nanti...

jalan masuk ke sstwo mall.. kat kawasan perumahan.. pelik skit.. (bagi aku laa)

pintu depan sstwo mall

ni nampak dari tingkat satu sstwo mall.. public mutual training centre

kat sebelah kedai ikan terbesar nagamas

aku suka tandas bersih cantik



jalan nak pi surai sstwo.. sunyi senyap tersorok skit



jalan masuk...

Rabu, 4 September 2013

apa nak buat kalau kemalangan?

 Pernahkah anda mengalami kemalangan jalanraya? heheee entah mengapa entah saya nak cerita pengalaman ni untuk semua..
manalah tau sesiapa yang bakal dan susah dan akan dan mungkin ada kait mengait dgn kemalangan nanti boleh gunakan tips saya ni..
Sebagai orang yang dah mengalami kemalangan dah 2 kali teruk.. tapi say aje yang tak teruk..kete memang teruk.. kalau tengok kete..macam saya ni dah mati...
Ok .. kemalangan saya dua dua berlaku dalam cuaca hujan..sebab tu saya fobia bawa kete time hujan.
 Lepas peristiwa tu, kalau hujan saya akan stay lorong tengah..dan bawa dgn hati hati dan perlahan yang logik. Lagi satu nak ingatkan ni.. tips peribadi ye.. bukan professional.. sekadar kongsi cerita..
Tau tak napa saya kata kalau hujan tu saya nak bawa lorong tengah dan bukan lorong kiri sekali?
sebba masa kemalangan tu terjadi hari hujan lebat..kerana berhemah dan mungkin bagi laluan pada kenderaan yg lebih laju menggunakan lorong tengah dan lorong kanan. Biar  saya ikut lorong kiri..
Manalah saya tahu lorong kiri itu membawa bahana pada saya.
Lorong kiri selalu di gunakan kenderaan berat, jalannya banyak lubang dan bahaya.. bila hujan lebat banyak air tertakung pada lopak lubang dan kita tak nampak. Paling saya takut ialah punca kenderaan saya di luar kawalan..ialah saya pada ketika itu menuruni bukit.. rupanya air hujan yang lebat menyebabkan air menurun bukit tersebut dengan laju sekali.. Air seumpama air terjun itu bergerak laju bermula dari arah kiri kearah kanan tayar kenderaan. Air yang laju itu menukat haluan stering kenderaan saya dan kenderaan saya berpusing melawan arah bertentangan seperti membuat u turn ke arah lorong paling kanan. Nasib baik tiada kenderaan di lorong kanan ketika itu... Bayangkan lah kalau ada kenderaan lain di lorong laju itu? sah saya akan mati.!  Saya cuba betulkan stering kembali ke lorong asal.. tapi stering kete diheret kuat .. lepas ke malangan saya rasa sakit bahu yg teruk sebab saya cuba ubah stering tu.. supaya tak buat u turn tapi memang uncontrol.. sebab power air terjun tu jauh lebih kuat dari kudrat wanita saya.
Tambahan pula jalan ketika itu sangat licin. Saya paling tak suka sebab dalam report kemalangan kat balai polis tu tulis sebagai sebab kemalangan salah pemandu..iaitu saya cuai memandu.Siap kena denda lagi.. But ok la.. nak salahkan siapa lagi...? Apapun yang saya pelik, setiap kali saya balik kampong, time hujan..memang ada kemalanagan di tempat saya mengalami kemalangan itu, tempat yang sama. Kenapa tempat yang sama? baru minggu lepas melibatkan lebih kurang 4 biji kete.. tempat yang sama.. membuatkan say terfikir... benarkah dilaporkan cuai pemandu saja atau keadaan jalan raya juga perlu di ambil kira? Tak tahu berapa orang lagi yang akan kena lepas ni.
Masa saya diselamatkan.. saya berteduh di tepi jalan dgn payung tu.. ada sebiji dua lagi kenderaan terbabas.. tetapi saya tahu apa mereka lakukan dan saya belajar dr apa yg saya tengok dan apa yg salah buat salah tadi.  Sebab yang kat tepi bahu jalan dan saya boleh lihat apa yang pemandu kenderaan buat bila kenderaan mereka tak boleh di kawal seperti saya. Saya respect, dan saya boleh kata mereka mahir dan berpengalaman macam pernah bawa kete litar lumba. Mereka free kan gear dan cuba break.. dgn kudrat lelaki..dan kereta mereka mampu berhenti sebelum sempat berputar u turn macam saya ..tapi saya tadi tak buat mcm tu..sbb saya pakai kete auto.. Arghh memang saya panic gila saya masa tu..tak tau apa nak buat sebab memandu pun sorang. Tapi nak berteduh kat bahu jalan bahaya sbb mungkin saya kena langgar dgn kete lain yg memng hampir melakukan perkara yang sama seperti saya.

Ok la.. stop pasal tu.. ni pulak pasal kete tarik..dan bengkel..
Ni nak cerita juga.. kalau kereta anda kemalangan sila la keluarkan semua barang peribadi kesayangan anda daalm kete tu.. termasuk yg display kat cermin gantung ,yg dlm dashbox dan ruang seluruh kete anda..cd keset .. harta benda anda.. kalau ada sedara mara dtg lagi bagus.. pindahkan semua dlm kete yag anda nak balik.. sebab anda jangan alpa.. dan jangan harap.. benda yg anda tak ambik tu tetap ada kat kete tu bila siap di baiki nanti.. hilang.! confirm.. ramai yang ambik kesempatan masa kemalangan ni. Kalau ada apa apa hilang takde siapa yg akan mengaku..nasib baik saya jehis suka simpan plastic bag dlm kete.So masukkan semua barang dlm plastik tu.
Korang tau tak tyre spare saya ilang masa saya dapat kete yg dah siap baiki. Orang bengkel tu kata tyre sparte ti memamng takde masa diorang dpt kete tu utk di baiki... Sakit hati tak? siapa pula curi tyre tu. kete tu kete baru..tyre tu belum pernah guna.. mahal ooo... Tak terpikir pulak nak ambik tyre spare tu masa mereka tow kete pi bengkel.. Sabar je la... harap korang ambik la pengajaran
So, jangan harap barang kecik macam duit semua tu akan ada..sebab banyak tangan akan berurusan dengan kete tu sebelum di hantar ke bengkel.. dan kat bengkel tu pun kita tak tau siapa lagi boleh masuk dlm kete kita untuk ambik apa saja yg kitan tinggal kat kete kita...
Lepas tu kena hati hati ambik orang yg tarik kete tu.. diaorang tu nak anta kat bengkel yg diorang dpt komisyen tinggi je.. Kadang kadang di hantar ke bengkel yang kita tak tahu, jauah dari kita entah mana mana lagi.... padahal kita duk KL. Sila ambik no phone orang yang deal tu... dan tanya betul betul mana kete nak di hantar sebelum bagi mereka uruskan- kalau kenal orang tu bagi baguih. Susah la nak monitor pe la diorang buat kat kete kita..
Tapi memang la first sekali diorang akan antar kat balai polis yg kita nak report accident tu dulu.. pastu baru la proceed dgn bengkal dan insurance bagai. Saya masa tu dah memang muak pucat abis.. tambah adgn basah kuyup dek ujan.. emmm balik dulu la mandi .. makan rehat thenn baru buat report polis. sbb takde kemalangan nyawa. Kalu tak tau tahu la...
Membebel la saya ni.. cukup la.. tapi harap sesiapa yg baca dapat la pengalaman skit.. kongsi je..





Jumaat, 3 Mei 2013

Hari bersejarah negaraku...JOM MENGUNDI

Hari bersejarah yang di tunggu
tarikh pilihanraya 2013
Ni gambar pinjam berita semasa.. takde kena mengena dengan aku.
Aku pun tak berhajat nak bagitau malaysia mana yang akan aku pangkah ahad ni...

Tadi aku dah semak tempat mengundi...
Aku mengundi parlimen raub.. Dun Tras dan negeri pahang.. So balik Pahang la besok...
Calon bertanding
Barisan NAsionalnya..
P80 RAUB - Datuk Hoh Khai Mun (Bertukar dari DUN)
N7 TRAS - Weng Hee Liang
dan bertanding dengan:
Mohd Ariff PAKATAN lawan datuk Hoh calon parlimen
Choong PAKATAN lawan Weng Hee Liang BN

Sejarahnya:

Kerusi DUN :Pada pilihan raya 2008, Choong memenangi kerusi DUN Tras dengan majoriti 2,451 ekoran isu bantahan terhadap Bukit Koman.

Kerusi Parlimen: Parlimen Raub yang mempunyai 49.12% pengundi Melayu,43.51% pengundi Cina,India 6.48% dan lain-lain 0.90% telah dimenangi BN pada PRU12 2008 dengan majoriti 2,752 undi melalui calonnya,Dr. Ng Yen Yen menewaskan Abu Bakar Lebai Sudin dari DAP
Ni nampaknya mcm 50% 50% je,.. kan? emm tapi aku last election tak ngundi sini..undi aku kat terengganu tapi aku tak tunaikan kewajipan tu sbb tak sanggup travel ke tganu mengundi.. so ni la kali pertama ngundi kat kampung sendiri.
Jom la mengundi.. dan paling best nak dengar keputusan pilihanraya tu...
Apapun ada orang kata cuti peristiwa on Monday tu..6 Mei 2013
Debar debar lak.. macam la aku ni calon.. wakaka..
Selamat memilih rakyat Malaysia!!!.

MAaf aku malas nak buat entry lain... sambung entry ni je...
Perjalanan balik raub pada 4 May 2012 rasa macam nak balik raya je..jalan jalan penuh.. dengan bendera dan sorakkan..meriah betul.. lebih meriah dari hari raya..je la nama pun pilihan raya.
tengah tido pukul dua tiga pagi pun... ada orang ketuk pintu rupanya sedara mara yg mana duk jauh datang mengundi di raub datang bermalam..
 Pepagi dah sibuk.. pakai baju raya boleh..? cantik cantik.. bebaris.. tunggu giliran mengundi. Tertengok ada macam macam orang.. jangan tak caya.. kalau setakat pakai kerusi roda tu standard la.. Ada seorang pengundi lelaki .. cina tak boleh bergerak terbaring atas katil... siap tolak atas katil lagi!!, punyala nak undi .. kaum cina kawasan ni. demi satu undi.. mereka sanggup. So sesapa yang tak mengundi tu pikir pikirkanlah semula...
Dalam keriuhan tu la jumpa kengkawan lama yang berpuluh tahun tak jumpa.. semua jumpa balik..macam reunion pulak.. syok betul.. Padan muka aku..sapa suruh mengundi tempat lain dulu dulu..lain kalai mengundi kat kampung sendiri best skit..jumpa member sekolah lama.. kawan lama..jiran lama.. makcik yang lama tak jumpa.. semua yang lama laa.
Dalam kemeriahan tu balik juga KL semula.. bukan penanti petang ujan.. than lepak depan tv sambil makan koci.. tengok keputusan.. Yang paling pelik..kawasan aku mengundi semua DAP menang. emmm..pesal? Rasanya betul dah tangan ku memangkah..tapi pesal DAP menang?
Pepun.. TAhniah BN.. buat la posmotem tengok mana silap.. baiki mana yang perlu..  Wish the best. Aminn

Selasa, 23 April 2013

kuih bom bijan inti kelapa

Rasa macam nak  buat kuih muih petang ni.. Lama tak makan kuih bom ni.. Jom terjah cara lama yang duk dalam otak ni...



bahannya:
tepung pulut
tepung gandum
bijan
minyak
 air

inti
kelapa parut
gula melaka
gula putih



Caranya:

 Tepung pulut di campur tepung gandum ikut suka hati. lebih kurang 80 dan 20 camtu.
tambah air dan gaul agak boleh gentel.. senang kan?

intinya?
kelapa parut tambah gula melaka dan goreng jap atas dapur bagi sebati dan cantik

Ambik tepung gentelkan dan buat lubang , masukkan inti. lepas tu golek dalam bijan dan goreng dalam minyak . jgn panas sangat kalau meletop saya tak tau.. heheheee

dah siap dan sedap di makan.


tu la cara brutal dan senang saya memasak.

Selasa, 9 April 2013

sakit kepala

Hari nji apa ku buat ye... Sakit kepala berdenyut denyut. Terima kasih Tuhan..dah banyaak hari aku sihat..ari ni kau pilih untuk hapuskan dosaku..

DAH beberapa hari ni aku tak dr Prof Muhaya.. semua talk kat IKIM dah download..tunggu yg baru.. Napa la astro tak boleh buka siaran radio IKIM.. susah betul..

Prof  kata jgn tulis diari tapi tulislah journal.
sebab diari kita sibuk cerita apa kita dah buat ..Tapi jurnal. kita akan sibuk pikir apa kita akan buat. Dan cuba ikut apa yang kita tulis. Beza memang berbeza..
So tulis apa kita nak buat esok.. buat yang baik satu perkara baik dan satu perkara buruk yang kita biasa buat kene delete..
buat ni dalam masa dua bula atau lebih insyallah berubah lah kita jadi baik...
Jap jap..
nak reverse gak tadi.. tadi aku pi TPM2 stesen minyak bawah jagaan aku dulu. Cantik dah ubahsuai nya macam yg di rancang dgn Petronas dulu.. sama mcm dalam draf.. Semua usaha tu adalah tanggungjawab aku masa bekerja. Alhamdulillah moga bermanfaat untuk semua ..
Aku kesana sebab aku nak minta jasa baik mereka yang sudi bagi aku kotak.. aku nak guanakan untuk packing barang bawa balik kg.
Masa aku di sana aku tersempak la staf lama aku.. zainal, rizal, dua org lagi aku lupa nama la.. tapi muka aku ingat, malah cerita family mereka pun aku ingat..sbb aku selalu tanya pasal masalah keluarga. (Prihatin la konon ..) tapi sampai sekarang pun aku camtu.. ..maaf yee.. napa la nama mereka tak kuar dr minda aku ni. buka nak melupakan tapi.. .. apa apa la.. jgn marah..
 Lagipun siapala aku ni.. BOS baru korang mesti lebih bagus jika nak di bandingkan dengan aku ni...

Untuk esok..

Aktiviti utama:
Esok nak pi servis kete pukul 1o pg. lepas tu pi cheras pi public bank urusan unit trust client dan balik umah packing barang nak balik kampung.. bestnya.. lepak seminggu kat kampung. Tak saba nii..

Perkara baik nak buat esok: Nak bangun pepagi solat subuh dan baca quran.
Perkara tak baik nak buat esok: Jangan ponteng baca al mathurat.

Fokus apa nak buat jangan fokus apa yang taknak.. ingat tu ingat tuu... pesan Prof Dr Muhaya.
 Tq Prof.. Jasamu dikenang walaupun jump akat TV dan radio jee.





Isnin, 8 April 2013

aktiviti malam ni..

Malam ni.. belum tidur lagi... dah pukul satu 49pagi..Sebab keje sendiri ni nagada la.... tidur lambat skit takpe.. bukan pi opis pun.. kecuali kalau ada apointment . Eksyen la pulak..

Pepagi ni.. update harga fund unit amanah..emmm naik gak skit.. taklama lagi nak mengundi ni.. nanti mesti turun... kena remain investor yg ada kalau nak membeli ni la masanya....

Tengok dapur jap. Hubby kata nak bawa bekal esok.. so potong la apa yg patut untuk masak esok.. Lepas duk duk depan PC ni..Tuhan ampunkan aku kalau masa aku ni membazir..

Lepas tu review phone..tengok call atau pepe keje yg blum settle.. baru perasan.. esok ada order nak kena pos.. Lepas tu ada call dari ayehteh( bapa sedara)
Ingat lagi suaranya pagi tadi..

'ko jangan tak balik..ko ambik la cuti pun.. kena dtg juga sabtu ni. Anak ayah teh nak kawin.'
Ye la tu... bukan aku plan nak balik pun. tapi memang kebetulan aku nak balik ..kalau tak aku tak balik jugak...

Aku ni memang tak berapa ingat muka pun bapa sedara sorng ni... aku rasa dah 20 tahun tak jumpa.. nak cita pasal dia..?
Ayah teh ni kaya tau.. TAu kaya dgn pe? kaya dgn isteri.. sentiasa penuh 4. Tapi isteri pertama je aku kenal.. yang lain tu..emmm asik bertukar je.. Aku kesian kat wife pertama dia, mesti susah nak terima kan? tapi dia kata anggap suami dunia lain dan dia dunia lain.. ..terima je la.. Tapi aku respect paksedara aku ni, sekurangnya kurangnya dia tak berzina.

Lepas tu aku lepak kat blog blog lain. Dan salah satunya...blog seorang sahabat yg aku kenal kat luar.. sebab baca blog dia... Cerita lama menusuk hati aku... aku yang pernah tersayang padanya..
Wakakaka.. (sorry terjiwang lak) udah le... Banyak lak soal aku ni... AKu pun kena muhasabah diri.. aku tak solehah .jangan nak berangan nak jadi isteri pada seorang yang alim... woii.. sedar diri skit!  Kan wanita baik utk lelaki baik.. sebab tu la aku tak kawin dgnnya. TAK FAHAM FAHAM LAGI KE?
Dah takyah nak jiwang jiwang..baik tutup PC dan pi tidu lagi bagiuh. Tak pun pi ambik wuduk, solat sunat dua rakaat.
Berenti kat sisni... kuar dulu.. dah pagi... esok ada banyak lagi perlu buat.. wassalam

Khamis, 14 Mac 2013

Resepi roti jala senang

Ni lagi satu makanan kegemaran family untuk di kongsi. Ni kalau jual..memang tak menang tangan. Pesal la orang suka makan tepung yang tercarik carik macam ni.. tu la namanya roti jala.
Saya ni memang ada masalah nak bagi sukatan.. sebab memang masak suka main letak dan agak..

bahannya :
sebiji telur
tepung
pewarna kuning
sedikit garam
acauan roti jala

ok dah..
letak dua senduk tepung dalam blender, satu biji telur, garam skit dan air lebih kurang 4/3 mesin tu penuh dan aku blend je..
Pastu tapis. Kot ada yang tak hancur nanti ganggu acauan kuih jala tu.
Then panaskan kuali. saya suka pakai non stick. letak aduanan dalam acuan dan mulakan.

ok ni nak bagi tau tips.
kalau masa masak roti jala tu kan..  aduana tu laju kuar dari acuan..pas tu jadi macam lemping je.. tak canti jalanya , sila la tambah tepung skit supaya aduanan sedikit pekat dan sesuai buat roti jala.
sekiranya masa masak tu aduan tak kuar..tersekat sekat dan hanay ada titisan kecil sebiji sebiji jatuh ke atas kuali tu.. sila tambah air skit dan cuba dan skit dan cuba.. sampai ok.
tapi kalau ikut saya, insyallah dua senduk besar (senduk nasi tu. memang dah ngam dah dengan 3/4 blender saiz biasa).
 tu je.. selamat mencuba.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails