mimpiku

pagi ini 21 october 2013
hujan renyai renyai di luar tingkap umah... sejuk angin bertiup mencuri masuk kedalam rumah bila aku buka pintu kaca.. Kau memandang keluar balkoni... pemandangan taman permainan yang bersebelahan kolam renang. Bunyi burung berkicauan.. kelihatan seorang lelaki cina diluar rumahku..sedang jogging..berbaju biru dan berseluar pendek..  kawasan kolam renang nampak kosong ..mungkin sebab hujan.. tiada orang menunjuk aurat disana.. Lain benar dari suasana mimpi burukku.
Tapi jauh di sudut hati aku masih di hantui rasa takut ..kecut perut bila terkenangkan mimpiku pagi tadi.. entahlah..sejak dua tiga hari ni... cerita cerita itu muncul lagi. Aku memang dari dulu selalu mengalami mimpi buruk dan aku penat setiap kali terjag adari tidur.
Tapi.. dah behenti bermimpi... namun sekarang mimpi nyeri  menyerang semula malamku.. Seingat aku dalam minggu umat islam berada di tanah suci mekah. Aidiladha.. selepas tamat 7 hari tempoh korban aku mula bermimpi lagi tentang peristiwa ngeri semula.
Memang perkara ini biasa saja bg aku..kerana aku memang selalu begini.Kalau ikutkan mimpi nyeri..rasanya aku boleh buat perpuluh puluh novel aksi. Kerana mimpi itu sangat detail dan watak wataknya memang jelas dan rasa nya seperti sebenar..
Namun kali ini mimpi nyeri yang menganggu tidurku nampaknya keterlaluan. Malam tadi aku bermimpi aki( arwah datuk aku) di masukkan ke wad... hidungnya di pasang gas membantu pernafan dan badannya berselirat wayar wayar yng di sambung dengan pelbagai mesin perubatan moden.. Kami di hospital melihat aki. Dan tiba saat saat aki didalam keadaan nazak menghadapai sakaratul maut.. aku lihat aki menahan sakit. aku minta izin doktor untuk kami membisikkan kalimah la ila haillah ke telinga aki tapi kami di halang. kami hanya memerhati aki menghadapai maut di atas katil sendirian dari luar dan atuk seperti di letakkan dlm kaca... sungguh sedih melihat aki yng akhirnya menghempuskan nafas tanpa di bisikan kalimah laliahalllah . melihat keadaan aki yg sudah tidak bernyawa, dan telah berubah posisi kerana menahan sakit. Pada awalnya aki terbaring dan selepas tidak bernyawa aki merengkok bengkok dan terangkat sedikit menahan sakit sakaratul maut tanpa mengucap aku naik berang bercampur sedih.. aku terjaga,.. aku melihat jam menunjukan pukul 3 pagi. Aku mengucap panjang. Astagfirullah haazimm... kenaoala sejak akhir akhir ini mimpiku makin ngeri..
Aku sambung tidur... kali ini aku mula mengembara ke mimpi kedua.. pandak.. salah seorang bapa saudaraku meninggal di kampaung. Yang anehnya.. tiada siapa pun penduduk kampung mahu menguruskan jenazahnya. Jenazah itu terbiar di atas sebuah rakit dan tubuhnya di balut seperti mumia yang menampakkan kaki dan tapak tangan dan kepalanya. di bawah jenazah kelihatan air sungai yang mengalir laju..seperti baru lepa sbanjir besar. Jenazah pula tidak di kapan seperti muslim biasa.. dan di biar di atas rakit untuk tempoh masa yang lama hingga jenazah kelihatan membengkak. Astagfirullah..aku terjaga lagi.. aku beristagrafar panjang...kenapa la.. jenzah dan kematian saja menemani mimpiku... aku mulai takut.. tadi atuk aku yang sudah arwah.. kini bapa saudara aku yang masih hidup.. tak silap aku dua tiga hari lepas aku mimpi arwah nenek aku.. Kenapa ni? aku tidur dlm keadaan bersih lepas solat isyak semalam..
Aku lihat suami dan anak aku tidur nyenyak dan aku sambung tidur kembali... dalam keaddaan yang ketakutan dan resah.
Aku menutupkan mata sambil bibirku tak sudah sudah  beristagrafar. Senaik saja ku lelap.. sekali lagi aku mengembara... aku bermimpi aku duduk di balkoni rumahku.. kupandang keatas langit... terdengar bunyi yang dasyat seperti kapal terbang yang hendak terhempas.. gerun dan menakutkan. Awan yang putih...tidak pun menunjukan cuaca seperti ribut melanda ..tetapi tiba tiba.. di sebalik awan putih cerah itu terpancul satu bebola api yang besar. bulat merah hangat sedang terbakar mengeluarkan letupan kecil.. seperti percikan bung aapi dan apinya masih menyala ganas seperti mahu menelan .. satu per satu  kulihat bebola api di jatuhkan kebumi..
Setiap jatuhan nya seperti bunyi seram dan bingit seperti kapal terbang terhempas. Aku yang menyaksikan dari rumahku seperti tahu bebola api dari neraka. Aku mula bersuara..YaAllah  habislah penduduk bumi merasa kepanasan bebola api dari neraka..sedangkan api di dunia ini yang telah di sejukan pun  kami masih terasa panas.. Ya Allah nak kiamat kah ini? tertutup sudahkah pintu taubat mu? Ya Allah terima lah taubatku..Janganlah masukkan aku ke nerakamu.. aku takut melihat bebola api yang merah menyala itu turun satu demi satu. didepan mataku..
aku beristagrafar.. aku memohon Allah keampuanan sambil mengis kerana aku rasa pintu taubat telah tertutup..aku mengis minta Allah terilah taubat ku sekali ini..aku turun dari rumah sambil berdoa dan beristagfar dan aku melihat bebola itu seperti jatuh di temn[at tempat yang Allah benci. Dan orang ornag yang tidak mengikut perintah Allah. Aku melihat satu bebola itu jatuh  dan bebola yang aku lihat besar di langit it u jatuh ketanah dan kemudian dia mengecil dari saiz yang aku nampak di udara. Bebola itu sudah tidak berapi seperti keadaan nya diudara. Dia berubah kepada warna kelabu sdan keras. Dan bebola itu mengenai sorang lelaki sedang berjoging, aku tidak pasti lelaki itu muslim atau tidak. Ynag pasti dia berseluar pendek atas lutut. Dan aku terkejut bila lelaki itu mengecut dan merengkok menjadi warna kelabu seperti bola itu... tidak lama kemudia aku terdengar seorang wanita menagis sambil meraung menyatakan lelaki itu anaknya yang tadi terkena bebola api itu. dia duduk di sisi mayat itu. bila saja dia menyuntuh tubuh anaknay yang mengecil dan berwarna kelabu itu, dia juga terut mengecil dan merengkok dan mati serta merta seperti anaknya.  Datang individu ketiga menyentuh ibu tadi dan perkara yang sama terjadi.
Aku menyaksikan peristiwa ini dari jauh dengan penuh ketakutan. Aku dapat merasakan kepanasan bebola api itu sedang menyerap kepada sesiapa yang menyentuhnya.  Aku tak putus putus mint ampun ..keadaan haru biru. Dan aku memandang sekeliling..ya tempat ini banyak maksiat..tempat orang kaya yang ketepikan perintah Allah ..di sinila bola itu jatuh.. YaAllah ampunkan aku..adkah kiatmat sudah sampai.. ampun kan aku..dalam ketakutan aku menagis...
Dan aku terjaga.. ketakutan masih menyelubungi aku.. aku melihat jam menunjukan pukul 5 pagi..Aku mula terkenangkan dosa aku.. satu satu macam wayang di depan mataku... Apakah ya Allah nak bagitahu pada aku? aku takut yang amat... aku ke bilik air ambik wuduk..aku lakukan solat taubat 2 rakaat. aku minta ampun segala dosaku pada Allah . Adakah aku dah nak mati? tapi utk org mati adakah taubatnya masih diterima lagi? aku sungguh risau mengenangkan itu... aku bebaring sebelah suamiku.. tanganku kiamkan ke dada.. sambil beristagrafar aku berdoa, Ya Allah kalau aku mati masukkanlah aku dalam golongan orang yang sedikit..yang yang sedikit di akhir zaman ini.. Ampunkanlah aku ya Allah..
Aku takut untuk tidur..tapi aku tetap terlelap sebab aku benar benar mengantuk kerana tidurku asik terjaga dgn mimpi mimpi nyeri ini..sungguh penat rasanya.. aku tertidur dengan kain sembahyang .. alhamdulillah  masa aku terlena, tiada mimpi lagi..aku hnaya terjaga bila terdengar azan subuh berkumandang dari surau berhampiran rumahku..

aku cuba cari  gambar yg sama seperti mimpiku..tapi tak jumpa.. yang hampir sama seperti ini
Suami aku yang bangun solat subuh bertanya napa tidur dengan pakaian solat..dia ingat mayat mana la tidur sebelahnya.. Aku kata aku pun ingat aku akan mati..dan minta ampun banyak banyak dgn Allah.

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails