Khamis, 24 Januari 2013

Tempoyak pahang

salam ...
Merangkap orang pahang yang glamer dengan gulai tempoyak ikan patin.. semua orang pahang tahu gulai patin tempoyak, satu pahang terutamanya temerloh. Tapi ada juga orang pahang yang tak suka makan gulai tu... rugi memang rugi sebab memang sedap.
Namun setiap dearah di pahang ada keistimewaan tersendiri yang kadangkala takde kat kawasan pahang yang lainnya. Almaklumlah pahang negerinya besar.
Ok la.. cerita pasal tempoyak ni.. memang best.. kalau korang nak buat masak tempoyak..selalunya pasarla tempat kita beli.. tapi bila masak tempoyak napa tak jadi macam orang pahang masak? Heheeheee..
Sebab rahsianya pada tempoyak.. Nak cerita cara buat tempoyak. .rasanya basic resepi utamanya sama la.. isi durian campur garam dan gula lepas tu simpan. Simple je. Tempoyak yang baru dibuat terasa manis duriannya ..yang simpan lama rasa masam. Tu je..
Tapi pernah tak tempoyak korang berbuih dan tumbuh kulat warna putih? Jangan makan ..nanti sakit perut. rasa masam toksah cerita.. masam mencuka!
Terfikir tak napa orang dulu buat tempoyak tak pun rosak? tok aki dulu buat tempoyak bertahun tahun simpan, rasanya sedap je... tau tak napa?
sebab ... pertama kena pakai durian kampung. Di mana durian yang bukan hidup atas dasar kawin campur. Yang isi tebal..yang manis yang warna kuning. semuanya tu takde maknanya.. kalau nak buat tempoyak untuk sehari dua ok la.. Tapi tempoyak sedap dan rasa sedap untuk jangka masa yang panjang dibuat hanya dengan durian kampung yang original. Bukan di kahwinkan dengan durian durian lain seperti dalam pasaran durian sekarang. Sebab tu bila aku buat tempoyak aku tak beli durian kat kedai atau pasaraya. Mesti balik kampung dan cari kat kampung.. Memang betull tahan lama dan rasanya sedap, tak berkulat walaupun tak simpan dalam peti sejuk.

Keduanya cara buat tu, kebersihan perlu.. kami pakai pisau untuk pisahkan isi durian dari bijinya.. dan jaga kebersihan. tak kena air dan masa campur garam dan skit gula guna sudu atau senduk. Simpan tempoyak dalam bekas kaca atau plastik. Kosongkan separuh dr bekas simpan untuk ruang tempotak meruap. sebab tempoyak akan kembang.

Dan di sinilah rahsia gulai tempoyak dan produk yg orang pahang masak tu sedap... kalau tempoyak tak sedap.. masak apa pun tak sedap. Dengar cerita ada peniaga yg tambah pisang dan belbagai sebab nak banyak..wallahualam. Tu KL punya tempoyak yang aku memang tak suka beli sebab tak menepati citarasa, so tak nak komen sangat.

Ok la.. kat sini aku nak bagi satu resepi.. best punya yang orang mungkin ramai tak tahu.
Sambal tumis tempoyak pekat. Ada lagi satu versi kuah cair (tambah air je) . sebab aku suka sambal ni.. sebab boleh di pelbagaikan.Boleh di makan dengan roti dan cucur. Tapi kami kat Raub atau Kuala Lipis (orang pahang panggil Lepis jee)  suka juga makan dengan nasi lemak.
 ok la simple je resepinya.

 Bahan nya
Tempoyak - bahan utama
Cili padi
bawang merah - hiris
ikan bilis - nak tukar udang pun boleh
garam








caranya:
Tumbuk cili padi hancur












 dan letak tempoyak ..tumbuk sekali biar sebati.
















Panaskan minyak, masukkan ikan bilis biar dia garing skit.











Lepas tu masukkan tempoyak dan cili yang di tumbuk tadi.
Masukkan garam dan skit air.. tambahkan bawang merah yang di hiris. biarkan kering  dan sedia di makan.. boleh makan dengan nasi atau roti dan sewaktu dengannya.
Dulu makan dengan pulut kat tepi sawah dengan arwah wan dan aki. bestt. kekadang buat cecah dengan ubi kayu rebus.. kalau ada nasi lemak tu kira mewah dan most complete la..
itu je for today...

Rabu, 23 Januari 2013

mimpi jumpa dia

Salam..
Apa la aku mimpi malam tadi? pelik betul... adus...
ceritanya begini.. pesal la, aku ni dah berenti kerja ni..asik mimpi kat bos aku.. bila mimpi je bos muncul.. masuk ni dah berapa kali mimpi boss.. seingat aku campur malam tadi dah lebih 5 kali kot...
ke aku nak kena keje dgn bos lagi? memang aku tak paham...
Betul betul aku tak paham...

Tapi malam tadi... lagi aku tak paham...aku mimpi jumpa dia ..kekasih pertama aku...
Dalam satu majlis yang sedih sangat..aku nampak dia dan dia nampak aku.. kami saling mencuri pandang dari jauh... masa tu kami masih muda... macam masa bercinta ..zaman belajar dulu... aku ingat setiap apa yg aku nampak.. rambut jari .. ahhh mengarut betul...
 napa la aku ni..? aku rindu sangat pada dia... (dalam mimpi tu la)
Masa aku terjaga aku tengah menangis sebab rindu sangat padanya...

Terfikir gak napa la aku ni pelik sangat. ? mimpi la pasal benda lain...
Dia dah kawin.. aku pun dah kawin .. dah bawa hala masaing masing. Dah lama tak jumpa pun.. dlm Fb je sesekali aku tgk.. tapi takde perasaan pon.. but why la last night dia dtg dlm mimpi aku..? setelah sekian lama dia hilang?
hopefully mimpi ini cuma mainan tidur....
Diharap power aku pada mimpi dah takde... kalau sebelum ni apa yg aku mimpi tentang dia. Bermakna itulah yang terjadi.. harap harap yang ni tak...

Ahad, 20 Januari 2013

Resepi tosai.

Ni nak kongsi cara buat tosai..

Dulu aku tak pandai masak tosai.. sbb lepas kawin dengan india muslim.. suami aku suka makan tosai.. tapi kau tak belaja belajar sebab
aku tak suka makan tosai ..masam dan tak sedap..
Tapi sebenarnya tosai kat kedai je masam.. kalau buat sendiri.. jangan la rendam sampai berhari hari macam kat kedai tu.. jadi tak la masam sangat..

Apapun aku memang tak suka.. tapi ayah aku lak suka tosai juga... ari ari pesan suruh aku belajar buat tosai.. ok la.. so aku belajar la..

la ni, dah teror dah... macam masak makanan melayu lak.. hehhehee
ok jom kongsi resepinya.. simple je..

bahannya
1. kacang uluntu- cari kat kedai india mesti ada
2. beras hancur
3. nasi sejuk sesudu je..
4. skit garam
Kalau saya nak baut cepat, saya akan tambah skit yis biar cepat kembang.. hehhe..
Dah.. tu je.. bahannya..

Sukatannya?
Lagi senang..
1 kacang
2 beras hancur.

Kalau nak masak sikit jee,  pakai la sukatan kecil.. dan kalau nak buat banyak, makan pakaila sukatan besar... saya selalu pakai cawan. nak banyak saya pakai cawan besar. nak lagi banyak pakai teko.hahaha haaa..

caranya?
Beras campur kacang... basuh dan rendam.
Mesti rendam semalam...
lagi satu tip. jangan mengada ngada nak pakai beras wangi ke.. atau beras yg masak kat umah yg berkualiti tu....
Tentu pasal tosai tak jadi ye.... pakai la beras hancur yg sebenarnya untuk tosai.

Selepas semalaman.. blander je bahan tu dgn satu sudu nasi dan garam secukup rasa. tambah yis satu sudu kecil. biarkan separuh hari. Sampai bahan tosai tersebut tu berbuih dan ringan.





tosai anda tak jadi kalau:
1. air dan beras yg di blender menjadi dua lapisan berasingan.
2. tidak kembang dan tidak berbuih dan berair.

tosai anda jadi bila anda dapati
1. teksturnya seperti dalam gambar ni.. berbuih dan ringan.. maka sedia untuk dimasak. sekiranya anda telah berjaya sila ikut cara memasak di bawah..
cara memasaknya.. elok pakai non stick pan.. senang..



letak satu senduk...
guna belakang senduk dan ratakan atas kuali
biar masak  dan terbalikkan..
cantik.. sedia di makan panas dengan kari atau dal..

kisah si kembar

balik kampung masa cuti sekolah ari tu... kesempatan jumpa kembar mak sedara aku yg bongsu.. dah besar dah... masa kecil tak pernah jumpa.. tapi aku memang teringin nak jumpa cumanya..tak terjumpa.. first time aku jumpa kembar ni.. aku saja je ambik gambar.. seronok tgk akak dan adik ni.. comel sungguh... sorry la yee aku upload gambar mereka ni.. jeee sbb mereka sungguh istomewa.. yg lain pun jugak..tapi aku nak cita pasal kembar berdua nii jekk...
sebab musinm buah keduanya makan durian..suka..
kalau ambik gambar kakak, akak akan tolak adik ketepi..kalau ambik gambar adik, adik pula akan tolak ketepi..nak gambar sorang je..

Selasa, 15 Januari 2013

Demam denggi


Hari ni dah 15 Jan 2013... Emmm nampaknya aku nyambut tahun 2013 ni dgn demam denggi..
Mulanya hubby demam. lepastu 29 dan 30 Dcember aku pula mula demam ..terus je demam teruk. Takde apa apa notis pun.....

Hari ni dah 15 Jan 2013.. aku baru kesempatan nak menulis... Selama 363 hari dlm tahun 2012 aku sihat ..Alhamdulillah shukur pada Allah. Aku memang susah nak kena demam atau sakit. Tapi Allah uji aku akhir tahun ni.. Tujuan aku menulis bukan nak bagi tau aku sakit..tetapi nak kongsi pengalaman aku kena demam yang boleh bawa maut. semoga berfeadah untuk semua.

Mulanya hubby ken ademam lepas tu ..tup tup pada 29 dan 30 december tu aku rasa semacam.. Pada 30 dec 2012 pada hari tersebut aku demam teruk dah 2 hari.. pi klinik dekat-dekat umah je.. banyak pulak klinik tutup... maklumlah doktor nak sambt tahun baru..aku pla sibuk demam.. Ingat lagi petang tu dlm ujan lebat pi klinik kat kawasan umah orang kaya. Banglo juta juta kat belakang bukit jalil ni... Takpe la harap di atak letak bill tingi sangat.

nak pi klinik pun ambik masa satu hari.. apa taknya bangun je muntah.. makan je muntah.. pening.. teruk betull nak jalan pun pikir.. nasib pembantu umah dgn mak mertua ada.. boleh la jagakan si kecik tu...

Hari ke tiga 31 december..2012, hubby kata dia ambik mc la.. sbb di apun demam. kami decide nak pergi KPMC puchong je. Nak pegi sana pun ambik masa. Apa taknya bangun je muntah pening perut gelora.. nak makan dan minum? lagi la jauh.. akibatnya aku ambik masa ampai dekat pukul 12 tghari semata mata nak bergi juga hospital. gagahkan diri utuk pergi dapatkan rawatan.. Betul juga cakap huby, kalau tak pergi hospotal sampai bila aku hold sakit ni? Sampai je depan pintu hospital nurse dah kuar bawa kerusi roda.. sbb mereka tengok aku kuar kete pun pegang semua benda seoatutny auntuk mengelakakn aku jatuh ..pening campur dengan rasa nak muntah, semua ada.. Jalan pun tak larat.. muntah tahap gaban sebelum datang tadi.. bangun dari katil ..dududk di birai kati; pun muntah.. Aku terus di sorong ke bilik rawatan.. tak tunggu giliran macam biasa.. TQ sebab mengerti keadaan aku. Sbb tu la aku suka pergi private hospital..(ngada aku..) Aku muntah dan lesu abis... nasib kat hospital aku tak muntah.. eishhh memang aku tak larat.... Doktor masuk arahkan masuk air ..pastu letak ubat tahan pening dan muntah sekali... habis sebotol depa masuk air.. lega skit. Lepas ambik darah...Doktor kata takde denggi ..Lega.. Tp doktor gak cakap.. memang kalau baru demam, denggi dalam darah tak boleh kesan lagi... dia suruh dtg semula 2 hari lagi kalau demam masih tak baik. Kuar dr bilik rawatan tu, aku aksen tak nak naik kerusi roda lagi.. ingat dlm hati esok aku ok la ni...

Rupanya sangkaan aku salah... 2 Jan 2013. Hari hubby keje.. tapi kena cuti gak.. sbb aku tak larat lg.. muntah dan pening belum ilang..makan pe pun rasa pahit.. perut tak selesa..asik muntah.. pesal ni??? nak minum 100 plus? hehe masuk segelas kuar pun segelas... sakit perut ni... huby kata pi klinik Dr Don.. klinik biasa kami pi... Aku setuju je..Ok la.. dia bagi ubat lagi dan ambik darah..katanya memang tempat kami tinggal tu tengah hot dengan demam denggi yang merbahaya tu.. emm aku tau.. tp takkan kena denggi kot.? aku pasang ubat nyamuk siang malam...

tp entah la.. Aku setuju je bila doktor cadang test darah sekali lagi... dalam hati pikir..tak mungkin aku kena denggi. Malam tu aku membebel marah doktor Don..pesal la ubat dia bagi buat aku lagi teruk? Mak mertua dn pembantu pulak dah balik.. aku bangun pukul 12 tghmlm, pukul 3 dan pukul 5 just untuk muntah dan terduduk dlm bilik air sorang sorang.. sungguh teruk.. rasa ubat doktor Don bagi tu pahit mengigit gigit tekak aku.. keluar cecair pahit dari muntah aku... dengan keadaan aku yg tak makan proper dan minum pun rasa pahit. Keadaan aku macam dua tiga hari lepas..malah lagi teruk terjelepuk dlm bilik air sesorg.. mcm nak pengsan je... Huby pun demam gak... sendiri jaga diri sendiri je la....

berlarutan sampai esoknya.. tp hubby pi keje.... Aku kena jaga ana k kecik aku yg usia 3 tahun tu.. fuh.. macammana nak masak bagi dia makan dan tukar pampers semua? aku nak pergi bilik air pun rasa jauh sangat... nak angkat phone pun aku takde tenaga.. aku biar je telepon aku berdering... Dan tengah hari tu Doktor Don call... dia tanya keadaan aku sama ada aku bertambah baik atau demam teruk? tambahnya ujian darah mengesahkan aku kena denggi, dia nasihatkan aku pergi kemana mana hospital secepat mungkin... Aku letak phone sambil tersanda disofa.. meang penat la...confirm denggi.. emm patut la aku tambah teruk... aku call hubby suruh balik. Dia tanya aku nak pi mana? mcam biasa aku jawap KPMC.

Aku masuk air dan masuk wad. Ok la. aku duk sana 4 hari..padan muka! so nak cita pasal denggi..aku di katakan bahawa denggi takde ubat.. so pesakit sendiri kena kuat. musuhnya air.. minum banyak air dan makan macam biasa. paling di cadangkan minum 100 plus yg dah dibuang gasnya. Supaya dapat tenaga semula. Aku pun minum la banyak air..dan aku kerap ketandas.. sebab minum banyak, so mesti la buang banyak.. bagus untuk keluarkan denggi dr badan kita. Ok ... tapi masalahnya bagi pesakit..rasa semua makanan pahit..nasib baik aku rasa ok minum air kosong..tapi makanan tetap aku rasa pahit. Lepas tu makan atau minum apa pun akan rasa nak muntah dan pasti semua yang anda makan akan keluar balik.. so macammana nak air tu melekat dlm badan? sebab tu la depa masuk air .. dalam air tu la tu inject all ubat.. ubat tahan pening dan muntah.. dari situ la aku boleh minum dan kuarkan denggi dari badan. kalau kat umah memang semua kuar balik.

Masa kat wad ni hubby pun tido ward. Anak anta umah mak in law. Ok la... malam tu mak in law datang denagn abang ipar dan kaka ipar sekali.. emm kena dengar ceramah..dengar je la. Dia kata aku tak payah keje kuat.. nanti penat. Badan aku tak larat dia suruh aku buat satu keje je... lepas tu ambik maid dtg umah tiap minggu bantu bersihkan umah.. pastu dia suruh aku jaga umah bersihkan.. Jangan risau dia jaga anak aku baik baik... apa lagi entah..aku pun angguk je la... nanti la lepas sihat aku pikir balik.. heheheeee..

Gejala yg akau rasa ialah gatal di tangan dan kaki... gatalnya mcam kena gigit nyamuk. macam ada 100 ekor nyamuk gigit tangan kita.. macam tu la aku rasa... kaki dan sikit paha dan bahagian lain. Doktor bagi ubat tahan gatal tu... kedua sakit sendi yang datang kejap kejap..di sendi terutama kakai dan tangan aku. yang aku tak puas hati?? tangana aku bengkak la..aku rasa nurse salah cucuk tempat atau tak proper cucuk kat tempat nak masuk air tu... ke apa ntah.. besar tangan aku macam kena gigit binatang berbisa.. tak selesa sunguh ... Doktor kata aku dah kena denggi 2 kali..Aik? aku hairan ..bila..bila aku ingatkan balik betul la aku da rasa gatal macam ni dulu.. aku dah lupa bila.. oo tu denggi ye..tapi aku kuat lawan la masa tu..hebat! Terima kasih Allah.

Aku kuar hospital lepas 4 hari.. Doktor kata platlet darah tak teruk..so aku minta kuar... so dapat kuar..rimas aku masuk air di tangan ni.Ok ni ada tips ddari nurse kat situ yang kebetulan kena denggi juga sebelum aku kena... katanya makan pisang at least 2 biji sekali. Sebab air yg doktor masukkan tu ada bahan yg sama macam yg ada dlm pisang. Bahan tu akan bantu kita cepat sembuh. Kedua minum la 100 plus tu..at least 2 botol sehari. Badan akan cepat segar. Ok aaku dengar je.. padahal aku baru je lepas muntah sbb makan roti sarapan tadi.. letak jem kacang yang aku tak suka langsung... semalam aku tak makan tengahari sebab bau ikan nya meloyakan tekak aku.

Sampai je umah aku mula muntah balik. aku makan ubat yang di bekalkan. Esoknya aku muntah muntah.. hubby dah beli apa yg patut..aku tengok ada 2 botol besar 100 plus dan seikat pisang.. tapi aku memng tak suka air 100 plus tu..aku minum mesti aku muntah... aku minum air kosong pun aku muntah juga... aku makan pisang..jap lagi pisang tu kuar juga... asik muntah je.. aku penat lesu..semua ada... Aku ambik phone call mak kat pahang.. dalam tengahari mcm tu, adik aku sampai..nak ambik aku bawa ballik pahang.. Apa yg aku pelik bau masakan pun aku nak muntah.. bau ikan..menumis..aku pregnant ke? ok la minta adik aku beli pregnan test sekali... tapi..take penye... tak pregnan pun.. pesal la aku teruk mcm ni..Tapi memang aku kalau demam macam ni.

On the way ke pahang, aku duduk kat kete tak muntah pun.. ke sebab ayah aku dash bagi aku air jampi? entah la...aku suruh adik aku tutup aircond..aku nak hirup udara pahang. bestnye... singgah mc donald.. adik aku beli prosperity burger.. alhamdulillah aku boleh makan! abis separuh rasa perut selesa. Sampai pahang aku jaga jaga makan takut muntha.. ada sesekali rasa nak muntah. tapi tak jadi.. Aku duk kampung satu mingggu.. dan dalam minggu tu semuanya ok je.. dah sembuh la tu..

kebetulan jiran depan umah mak tu jururrawat hospital kat dearah aku... so aku bagi l adi atgk copy report aku... katanay memang denggi la.. minum banyak air..kalau dah boleh minum dan makan tu ok..kalau tak kena tahan wad... Alhamdulillah aku boleh minum.tapi air kosong je.. tekak aku memang tak nak 100 plus tu... Ok tips lain ialah makan sup ketam... so aku belasah la sup ketam. dam ada yg cadang minum air pegaga.. cepat sembuhnya. tapi yg tu aku tak buat..aku rasa dah ok.. Terima Kasih Tuhan! Sesungguhnya hanya orang sakit yg tahu betapa indahnya sihat...

 

 

 

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails