Rabu, 21 Mei 2008

bau yang terhidu

ergk.....
Bau apa ni? tetiba saja menerjah ke ruang rongga hidung. bau yang pekat, likat dan hangit singgah sepintas lalu. Membuat Ima terkejut seketika.
alamak... dia mula mengesan bau badannya.
terus dia duduk dimejanya, sedih dan malu... rasanya baru semalam dia kehabisan deodorant.
Rasa tidak selesa mula melingkari benak fikirannya.
fikirannya mula terarah pada satu pesanan yang pernah didengarinya...

' bau Rasullulah wangi... ahli tasawuf berpendapat bau badan berkait rapat dengan dosa. makin banyak dosa makin berbaulah badan. lihat saja anak kecil yan baru lahir... baunya wangi ..dicium sedap dan tidak busuk. makin membesar makin banyak dosa.. makin berbau badannya.
tidak seperti rasullullah... baunya sentiasa wangi....dirinya bebas dari dosa'

itu saja ayat yang berlegar legar di kepalanya. aku banyak dosa... aku berdosa... satu demi satu persoalan keluar dikepalanya.
satu demi satu tingkahlakunya mula dinilai...
aku minta maaf dengan suamiku pagi tadi...
aku tunaikan solat
aku balik kampung mejenguk orang tuaku
aku hormat mertuaku juga

tapi.........
aku telah lama tidak solat tahajud
aku mungkin selalu mendenagr orang mengupat
aku mula lalai dengan auratku
aku...

arghhh ........
ya Allah, ampunkanlah segala dosaku.

kerana bau tubuhku ini telah menginatkan aku supaya mengingati dosa-dosaku.
Ampunkan aku Ya Allah.

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails