Selasa, 30 April 2019

Sekarang saya telah membaca banyak blog pengalaman dan segalanya.. Jadi baca tulisan saya ni macam anda dah buat bacaan berpuluh puluh blog lain. So saya buat rumusannya saja. Dan ada yg saya edit ikut keadaan sebenar masa saya di sana.

Harap beri manfaat pada semua.

MASA
Malaysia lebih awal 5 jam daripada waktu di Arab Saudi. 
Jika waktu Malaysia pada jam 10 pagi, maka waktu di Arab Saudi ialah jam 5 pagi. 
Jika kita ingin menghubungi keluarga kita di Malaysia, sebaiknya kita hubungi mereka selepas waktu Subuh 
atau pada waktu siang hari. Jika waktu selepas Subuh di Makkah jam 6 pagi, waktu di Malaysia ialah jam 11 pagi.

KEADAAN CUACA DAN SUHU DI TANAH SUCI
Sejuknya kering dan musim panasnya juga kering, maka kulit kita dan bibir kita mudah untuk menjadi kering. 
Dan selalu juga tumit kaki kita pecah-pecah disebabkan olehnya. 
Apabila ini berlaku, ini boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan menyukarkan kita untuk berjalan jauh.
Sebagai persediaan bagi mengelakkan kita menghadapi masalah di sana nanti, kita hendaklah membawa
 “Cream Pelembab Kulit”atau “Losyen Pelembab Kulit” seperti berjenama Nivea atau Viseline. 
Sekadar menamakan beberapa produk yang biasa digunakan jemaah umrah. Sekiranya kita ke tanah suci pada musim panas, 
jangan lupa membawa bersama cermin mata hitam, sebaiknya yang berjenama atau “original”. 
Suhu panasnya boleh mencecah sehingga 50’C dan untuk melihat ke hadapan begitu silau dan memeritkan sekali. 
Senang cakap, kita berjalan nak buka mata pun susah. Berpijar mata kita sampai terkebil-kebil hendak melihat pemandangan

Selipar
Mudahnya bawalah 2 pasang selipar. Satu yang sudah siap kita pakai dari rumah. 
Sepasang lagi stand by kalau-kalau selipar kita hilang di masjid. Sebab saya nak tawaf yang yakin..jadi lantak la selipar hilang saya dah siap siap selipar baru dalam beg. Tapi sebenarnya hari hari berikutnya selipar saya tak hilang pun.. Sebab saya dah cam tempat saya tinggalkan selipar. Insyallah tak hilang.
Nak panjat Gua Hirak, guna selipar yang sama pun boleh. Tak ada masalah. 
Anda tak perlu kasut PUN.. tak payah beli kasut baru. anda cuma perlu selipar baru. 
Tapi hilang selipar ni kat MAdinah pun boleh terjadi juga ya, bukan di Mekah saja.

Dobi
Upah dobinya Mahal ada pilihan bermula SAR5 hingga SAR10 sehelai. Jika kita menghantar 3-4 helai pakaian ke kedai dobi, 
jangan terkejut jika upahnya boleh mencecah sehingga SAR50 atau lebih dari itu. Bergantung di mana perkhidmatan dobi itu dibuat. Jika di hotel 5 bintang, boleh mencecah lebih dari SAR100.
Beli baju baru lebih baik dari hantar ke dobi. Bawa sabun basuh dan hanger utk sidai. berguna info ni ..saya bawa sabun dan memcuci..

Pakaian dan beg
Jangan bawa pakaian yang terlalu banyak, walaupun kita di tanah suci selama 2 minggu. 
Sebaiknya bagasi kita jangan lebih dari 15 kg. Ini kerana kebiasaannya jemaah akan membeli-belah semasa di sana, 
dibimbangi semasa balik nanti had muatan bagasi lebih dari sepatutnya yang memungkinkan dikenakan denda atau “caj lebihan bagasi”. - Nak ingatkan ye.. muatan ikut berat bukan ikut besar beg. Bawa penimbang beg tu..  beg saya berat .. sbb beli cenderahati dari puiter.. logam ..kaca.. key chain berat..  padahal bila angkat bunyi kosong beg tu.. tapi berat. 

Untungnya kita naik Saudi Airlines, seorang dapat 46kg dengan maksima 2 bag. 
1 bagasi dengan had 23kg. Cukup sangat. Oh ya, nak tambah sikit pasal beg. 
For hand luggage, saya sarankan letak lah sepersalinan pakaian - betul info ni, ada jemaah yg hilang bagasinya..
Bagi lelaki memadai dengan 2 pasang baju yang sesuai untuk beribadah atau pakaian semasa solat. 
Kain ihram pula 3 helai atau sepasang setengah. 
Begitu juga bagi wanita, memadai dengan 2 pasang jubah 2 pasang telekung sahaja.
Perempuan pakailah pakaian yang longgar dan tidak terlalu meriah warnanya.pernah ditenung dari atas sampai kebawah kerana memakai jubah bercorak menonjol. 



Tunai
Sekiranya kita takut untuk membawa wang tunai yang banyak, Ada banyak lokasi ATM Al-Rajhi di beberapa lokasi yang telah disediakan. 
Semasa di tanah suci, had pengeluaran maksima di mesin ATM Al-Rajhi ialah SAR5000 
Kalau nak tukar duit memang elok kat Malaysia sebab dekat sana korang kena beratur panjang dan berebut dengan pak-mak arab serta warga asing untuk tukar wang di kaunter

Tandas
 Tandas wanita berada jauh di luar kawasan masjid dan Tapi Jangan risau tempat wuduknya ada kat dalam masjid. Tetapi Selalunya penuh sesak.. terutama waktu hampir solat, nak menuju ke temapt wuduk pun susah sebab saf saf telah penuh dan susah untuk bergerak.

Gunting,
Bawa gunting kecil sendiri kerana mudah untuk potong sedikit bahagian rambut setiap kali selesai bersaie, jadi tak perlu pinjam orang. Untuk sabun dan syampu, memadai bawa botol bersaiz travel pack itu. Mana tahu kalau hotel tak sediakan kan?
 Berus gigi dan ubat gigi memang takde disediakan.. walupun duk hotel banyak bintang.

Ubat
Bawa Strepsils, Fisherman’s Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sakit tekak) Vicks,minyak cap kapak,dll dari Malaysia. Di Mekah/Madinah, harganya agak mahal.
Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (batuk kering dan batuk berkahak) dari doktor di Malaysia.
Tips.. Kalau nak elak batuk..jangan minum air zam zam yg sejuk. Pilih air zam zam yang tertulis NOT COLD pada suhu bilik je. Insyallah tak dapat batuk teruk sbb mungkin panas dan sejuk yg berlanggar dalam tekak yang buat kita batuk. Tambah pulak dengan cuaca yang baru bagi kita.

Kebersihan diri
Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah ‘treated sea water’ untuk kegunaan harian selain dari untuk minum. Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia.  Harganya lebih murah berbanding  yang di jual di Mekah/Madinah.

Tips membeli belah
Peniaga di Kota Madinah dan Mekah Arab Saudi mahir menggunakan Bahasa Melayu.Kadang kadang diorang lebih pandai cakap melayu daripada english..
Beli di Mekah atau madinah adalah “Jangan percaya cakap peniaga”. Peniaga di Mekah atau Madinah adalah sama seperti peniaga tempat lain yang hanya ingin barangnya laku hingga sanggup berbohong atau bersumpah,Praktikkan amalam tawar menawar ye
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi banyak tempat untuk berbelanja mulai dari peniaga kaki lima sampai pasaraya besar. Didepan masjidil haram, dibawah menara jam (jemaah biasa menyebutnya dengan menara zamzam) terdapat pusat perniagaan yang dinamakan “Al-Baik Mall”. Disana mulai dari barang-barang mewah, mulai dari perhiasan yang ternama sampailah barang barang elektronik buatan cina semuanya ada.

Makanan
nasi Arab di restoran Arab untuk cuba rasa makanan arab atau rasa kelainan rasa makanan di hotel ialah memesan makanan arab sepinggan untuk 2 atau 3 orang. Nasi arab di restoran amat banyak, boleh di makan oleh 2 atau 3 orang.
Khusus untuk peminat masakan disana juga terdapat restoran makanan Melayu, seperti restoran Mr Sate, Warung Mok Minah dan restoran Tasneem yang ada di lantai P3. Semua restoran tersebut dilayani oleh pelayan pelayan orang Melayu.

Sabar
  Susah nak lawan marah. sabar bukan senang. Apabila berada di Tanah Suci, kita akan diuji dengan bermacam-macam perkara terutamanya ragam manusia yang pelbagai dari seluruh dunia. Jadi, didik diri kita untuk banyakkan bersabar dan beristighfar dengan apa jua cabaran yang bakal dilalui.

Cas phone?
Di Mekah dan Madinah mereka menggunakan 2 pin soket, berlainan dengan negara Malaysia. Jadi International Adapter amatlah diperlukan kalau nak charge handphone di sana.
In Saudi Arabia the power plugs and sockets are of type A, B, C and G. The standard voltage is 110 / 220 V and the standard frequency is 60 Hz. Tapi bagi anda yang duk hotel selalu tak jadi masalah sebab hotel sekarang dah upgrade..semua plug boleh masuk.
 Jangan risau. kalau ada hotel yg ada plug talk match.. ada banyak kedai yg jual plug travel untuk di beli.


Tips tambahan – prepaid sim kad
Nak beli kad sim beli kat airport ..murah dan mudah. masa tu juga paspord dgn kita. sebb nak kena ada pasport baru boleh beli sim ye.
Pada yg nak beli internet.. kalau nak gun abanyak beli la banyak terus..adik say abeli 10 G bila nak tambah pi kedai nak tambah..tapi top up nya tak juga tambah. duit dah bayar.. tanya yg jual tu..katanya sebab dual sim. Lepas tu ada lagi jemaah lain ada masalah yg sama.. membazir.. baik beli sim baru.. tak boleh top up..

Sim card
Di sana ada banyak free WiFi, kalau rajin boleh la merayau-rayau cari open wifi, ada juga tokey kedai yang murah hati beri internet percuma kepada orang ramai. Pihak hotel juga ada menyediakan Wifi percuma, tapi hanya boleh pakai di lobi sahaja. Naik ke bilik dah putus. Penulis membeli prepaid internet Zain (kad warna pink) di hotel Madinah, Pekerja hotel tu ada jual. Harga 50 riyal untuk 2GB sebulan. Di Makkah pun boleh pakai nanti. Kalau nak pakai mobily pun boleh tapi charge mahal.
Nanti semua kredit habis untuk 3G sahaja. Lebih baik ambik pakej macam yang penulis buat. Gunalah internet sampai puas tanpa risau kredit telefon habis. Boleh juga berkongsi dengan ahli keluarga, Setting kan telefon kita sebagai router atau dipanggil Wifi Hotspot atau juga Thetering.

Sedekah
kalau nak sedekah makanan , boleh bagi kat kedai yang ada offer masak makanan dan bagi pada orang yg memerlukan. Kalau dr hotel kami boleh nampak waktu makan ada oarang berbaris tunggu makana percuma tu.
Kalau nak wakaf al quran ada di jual dalam perjalanan nak ke masjid. Harga berbeza yang kecil dan yang besar. ada dua saiz je. Nak wakaf al quran tak boleh tulis apa apa kat quran tu dan tak boleh quran lain.. kena yg sama macam kat masjid je. Macam travel agen kami mereka tolong buatkan..bayar je, nanti mutawif belikan dan hantar.
Masa berjalan Masjidil Haram, memang akan ada orang beratur minta sedekah.Macam ni, bahaya sikit. Sebab kalau bagi sorang, korang kena bagi semua sebabnya dorang akan kejar. 
Ada banyak amal boleh buat kat Mekah.


Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails