Isnin, 11 Mac 2019

Merancang ke tanah Suci Mekah

Alhamdulillah...
Tahun ini Allah bukakan pintu hati kelaurga untuk menunaikan umrah. Walaupun sedah bertahun tahun sebelum ini aku bertanya dan berharap untuk pergi. Namun keinginan aku selalunya berakhir dengan kekeciwaan.
Betullah janji Allah.. kalau ke mekah bukan sebab berduit.. bukan sebab tak de duit bukan sebab apapun. Tak guna berlagak alaim pun.. menunding jari kesana dan sini... tapai kalau bukan di takdir... tetap tidak dapat juga menjejak kaki kesana.
Merancang bukan bererti aku akan kesana lagi. Duit ada, tapi asik terhalang..
Sekarang aku ceritakan keinginan aaku 10 tahun lepas...
Memang niat nak pergi mekah sentiasa ada dalam hati.
Kali pertama.
kali pertama aku suarakan untuk ke tanah suci  pada suami. Masa tu aku punya simpanan yg cukup tapi suami tak bagi pergi.. terkeciwalah aku...
Kali kedua
Suami beri izin untuk pergi. Katanya jangan ajak dia. Kerana dia tak sedia dan tak ada hati nak kesana... Jadi aku pun pergi jumpa travel agen..tapi sekali lagi akau keciwa..sebab masa tu Arab saudi tak benarkan wanita muda kurang dari usia 45 tahun untuk pergi tanpa mahram..
Kali ketiga
Aku ajak mak dan ayah pergi. Tapi mak je beria nak pergi. Tapi ayah pun sama.. tak mahu pergi lagi.. nantilah kataya. Maka aku tak boleh pergi.
Kali ke Empat
Kali ni berjaya. Walaupun ayah bagi jawapan selepas 3 bulan..dan suami bagi jawapan selepas 1o tahun. Tak kisah la...
Alhamdulillah.. 

Jom intai travel agent yang berjaya mencuit hati.

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails