Ahad, 14 Mei 2017

ULAM BUAH KELADAI

Salam semua.. pernah dengar tak buah keladai.. bukan keldai tau... Buah esotik yang jarang jarang dikenali apa lagi dikenali seperti petai atau jering. ulam ini tidak berbau ye... Buah ni asal dari pokok yang besar dalm hutan dan selalunya tumbuh di tepi sunngai. kalau tiba musimnya mmeng banyak. Kami penduduk lipis pahang kat kuala medang .. makan buah ni ... sedap di jadikan ulam ataupun di masak sambal tumis dengan tempoyak. Rasanya kelat dan sedikit pahit tapi ada rasa lemak lemak skit


Ulam ni di kutip dalam bentuk sebiji..lepastu kami rendam dalam air dan dia kan terbuka seperti dalam gamba ni..

Cara makan.. makan. Boleh dimakan dengan nasi lemping atau dijakan ulam..

Ni alantan dimana kami jadikan sambal tumis.. sedap kelat pahit dan lemak..
Sekian dulu perkongsian hari ni.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails