Jumaat, 3 Mei 2013

Hari bersejarah negaraku...JOM MENGUNDI

Hari bersejarah yang di tunggu
tarikh pilihanraya 2013
Ni gambar pinjam berita semasa.. takde kena mengena dengan aku.
Aku pun tak berhajat nak bagitau malaysia mana yang akan aku pangkah ahad ni...

Tadi aku dah semak tempat mengundi...
Aku mengundi parlimen raub.. Dun Tras dan negeri pahang.. So balik Pahang la besok...
Calon bertanding
Barisan NAsionalnya..
P80 RAUB - Datuk Hoh Khai Mun (Bertukar dari DUN)
N7 TRAS - Weng Hee Liang
dan bertanding dengan:
Mohd Ariff PAKATAN lawan datuk Hoh calon parlimen
Choong PAKATAN lawan Weng Hee Liang BN

Sejarahnya:

Kerusi DUN :Pada pilihan raya 2008, Choong memenangi kerusi DUN Tras dengan majoriti 2,451 ekoran isu bantahan terhadap Bukit Koman.

Kerusi Parlimen: Parlimen Raub yang mempunyai 49.12% pengundi Melayu,43.51% pengundi Cina,India 6.48% dan lain-lain 0.90% telah dimenangi BN pada PRU12 2008 dengan majoriti 2,752 undi melalui calonnya,Dr. Ng Yen Yen menewaskan Abu Bakar Lebai Sudin dari DAP
Ni nampaknya mcm 50% 50% je,.. kan? emm tapi aku last election tak ngundi sini..undi aku kat terengganu tapi aku tak tunaikan kewajipan tu sbb tak sanggup travel ke tganu mengundi.. so ni la kali pertama ngundi kat kampung sendiri.
Jom la mengundi.. dan paling best nak dengar keputusan pilihanraya tu...
Apapun ada orang kata cuti peristiwa on Monday tu..6 Mei 2013
Debar debar lak.. macam la aku ni calon.. wakaka..
Selamat memilih rakyat Malaysia!!!.

MAaf aku malas nak buat entry lain... sambung entry ni je...
Perjalanan balik raub pada 4 May 2012 rasa macam nak balik raya je..jalan jalan penuh.. dengan bendera dan sorakkan..meriah betul.. lebih meriah dari hari raya..je la nama pun pilihan raya.
tengah tido pukul dua tiga pagi pun... ada orang ketuk pintu rupanya sedara mara yg mana duk jauh datang mengundi di raub datang bermalam..
 Pepagi dah sibuk.. pakai baju raya boleh..? cantik cantik.. bebaris.. tunggu giliran mengundi. Tertengok ada macam macam orang.. jangan tak caya.. kalau setakat pakai kerusi roda tu standard la.. Ada seorang pengundi lelaki .. cina tak boleh bergerak terbaring atas katil... siap tolak atas katil lagi!!, punyala nak undi .. kaum cina kawasan ni. demi satu undi.. mereka sanggup. So sesapa yang tak mengundi tu pikir pikirkanlah semula...
Dalam keriuhan tu la jumpa kengkawan lama yang berpuluh tahun tak jumpa.. semua jumpa balik..macam reunion pulak.. syok betul.. Padan muka aku..sapa suruh mengundi tempat lain dulu dulu..lain kalai mengundi kat kampung sendiri best skit..jumpa member sekolah lama.. kawan lama..jiran lama.. makcik yang lama tak jumpa.. semua yang lama laa.
Dalam kemeriahan tu balik juga KL semula.. bukan penanti petang ujan.. than lepak depan tv sambil makan koci.. tengok keputusan.. Yang paling pelik..kawasan aku mengundi semua DAP menang. emmm..pesal? Rasanya betul dah tangan ku memangkah..tapi pesal DAP menang?
Pepun.. TAhniah BN.. buat la posmotem tengok mana silap.. baiki mana yang perlu..  Wish the best. Aminn

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails