Ahad, 17 Februari 2013

Jalan jalan KLCC

Salam..
Mimpi apa hari ni aku dgn hubby baru bercinta lak, pi tengok wayang.. pilih punya pilih beli online ticket 'The Impossible' kat KLCC.

Dalam pukul satu gitu, hantar anak umah mak, lepas tu merayap la ke KLCC..
Tayangan start 4.20ptg. Sampai KLCC lebih kurang jam 2.30pm.. pi ambik tiket booking. Pastu solat zohor jap.Ingat nak makan kat A&W.. cari-cari tak jumpa.. Malas nak bazir masa terus je pi tanya kat information counter..

Staff kat kaunter tu cakap A&W dah takde kat KLCC. So, makan je la kat foodcourt. Apa la ari ni rasa nak makan banyak ni? ..ahak.. melantak ke apa.. ?  Aku pi kat mix rice.. alamak takde lauk aku suka.. aku ambik nasi..sayur terung, sayur bayam dgn ikan masin campur sambal belacan. Ko teka berapa? RM7.50.. emm ok la. Geram pun ada.. siapa suruh nak makan kat luar jgn banyak songeh! dah le tak sedap....

Tengok hubby yang dah mengabiskan nasi ayamnya.. datang dgn Mc donald satu set.. tak puas makan.. katanya sambil senyum kat aku..

ni tak boleh jadi.. aku nak makan lain la... nak makan spegetii la... ada gerai milano pizza depan aku.. tu jual pasta.. Aku pun pi order bolognase spegeti.. Alhamdulillah, memang tak megecewakan.. fuhh sedap gila. Hubby tak minta jamah pun sbb dia memang tak suka pizza. Tadi di adah ingatkan aku jangan tak abiskan pula.. takut kena abiskan la tu.. hehehee

Belakang table kitaorang ada big family arab.. mesti dia pelik kot pesal kami makan 2 kali.. ahh peduli apa aku.. nasi tu taksedap. bukan nasi tak sedap.. lauknya orang tu masak tak masuk selera. Lepas makan, tengok jam dah pukul 3.40pm.

Cakap dgn huby nak pi kedai buku.. nak tengok buku kraf. nak sunting terakhir buku craf yang aku tulis tu. Kot nanti publisher reject lak. Jengok la cara orang oversea buat buku kraff .. ambik idea skit. Sekali lagi cari MPH ke.. Popular ke.. takde la pulak. Sekali lagi menjenguk counter pertanyaan. Katanya kedai buku ada kat tingkat 4 namanya Kinokuniya. Jepun ke apa?

So pi la kedai tu membelek belek. Tension! semua buku dibalut plastik.. .tak boleh nak buka.. nampaknya takbeli la aku.. sebab aku tak suka buku yang aku tak tahu apa isinya.. kot beli mahal mahal tak menepati citarasa. RUGI TU!
Tau la buku craf mahal.. yg keluaran Malaysia boleh la dapat  RM 35 ke atas.. masuk buku craf yg obersee ni.. emm biasa la rm60 sampai la ratus ratus. Ada aku nak ambik risk beli dgn tak tau isi dalamnya pe? tak yah..

Tapi tak mengecewakan juga sebab ada la dua tiga bijik buku yg entah sapa keluarkan dari plastik. So aku dapat la tengok cara mereka present buku tu. Tak banyak beza dengan apa yang ada dalam otak aku ni. Ada skit yg aku perlu edit dan tambah. sedang sibuk membebel pasal buku di binding dalam plastik tu... hubby duk beri isyarat dah 4.18pm, jap lagi je nak kena masuk cinema.. So aku letak buku terus je pi..

Sesampai dalam cinema aku ternampak seseorang. Duk link atas sekali tepi sebelah kanan. Aku cakap kat hubby ' tu bukan ke A Samad Said? Dia nak nonton cita ni gak ye...?'
 ha'ah hubby aku cakap..
aku duk lirik mata kat wajah tu..tak boleh aku kena tegur gak.. terus je aku pi sebelah beliau..ntah apa aku ni..
' Ni A.Samad Said ke?'
dia menganguk.. mungkin beliau cakap sesuatu tapi aku ni tak dengar sebb bising sangat. Cinema kan nak mula..kan macam macam iklan kat screen tu bising.
' saya peminat.. apa khabar?' aku terus cakap.. Mungkin beliau membalas tapi saya tak dengar. Nak ambik gambar rasa tak sesuai. Kemudian aku beredar ke tempat duduk aku.. dah puas hati aku dpt cakap dengan beliau walaupun aku tak berapa dengar apa yang beliau cakap sbb bising.
Tabik A Samad Said. Rasa mcm ayah ...

Lepas tu aku cakap kat hubby aku pi tegur A Samad Said. Hubby kata beliau mungkin nak idea atau dapatkan ilham.. sebb cita yang kami nak tengok ni pasal tsunami ..cerita benar kat Thailand. Cerita kisah benar satu family masa tragedi tu.. alamaka sedihnya lak.. dari mula mereka sampai Phuket ,  sampai kena tragedi tu. Terpisah, dan jumpa balik satu family.. sedih oooo.
tu je nota ari ni. Wasalam..

2 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
wahhh jumpa A Samad Said ya...seronoknya..kalau dapat bergambar lagi seronok,kan..apakan daya..dalam pawagam..

seri hati berkata...

ha'ah.. takpe la takde rezeki nak ambik gambar...
dapat jumpa pun alhamdulillahhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails