Ahad, 20 Januari 2013

Resepi tosai.

Ni nak kongsi cara buat tosai..

Dulu aku tak pandai masak tosai.. sbb lepas kawin dengan india muslim.. suami aku suka makan tosai.. tapi kau tak belaja belajar sebab
aku tak suka makan tosai ..masam dan tak sedap..
Tapi sebenarnya tosai kat kedai je masam.. kalau buat sendiri.. jangan la rendam sampai berhari hari macam kat kedai tu.. jadi tak la masam sangat..

Apapun aku memang tak suka.. tapi ayah aku lak suka tosai juga... ari ari pesan suruh aku belajar buat tosai.. ok la.. so aku belajar la..

la ni, dah teror dah... macam masak makanan melayu lak.. hehhehee
ok jom kongsi resepinya.. simple je..

bahannya
1. kacang uluntu- cari kat kedai india mesti ada
2. beras hancur
3. nasi sejuk sesudu je..
4. skit garam
Kalau saya nak baut cepat, saya akan tambah skit yis biar cepat kembang.. hehhe..
Dah.. tu je.. bahannya..

Sukatannya?
Lagi senang..
1 kacang
2 beras hancur.

Kalau nak masak sikit jee,  pakai la sukatan kecil.. dan kalau nak buat banyak, makan pakaila sukatan besar... saya selalu pakai cawan. nak banyak saya pakai cawan besar. nak lagi banyak pakai teko.hahaha haaa..

caranya?
Beras campur kacang... basuh dan rendam.
Mesti rendam semalam...
lagi satu tip. jangan mengada ngada nak pakai beras wangi ke.. atau beras yg masak kat umah yg berkualiti tu....
Tentu pasal tosai tak jadi ye.... pakai la beras hancur yg sebenarnya untuk tosai.

Selepas semalaman.. blander je bahan tu dgn satu sudu nasi dan garam secukup rasa. tambah yis satu sudu kecil. biarkan separuh hari. Sampai bahan tosai tersebut tu berbuih dan ringan.





tosai anda tak jadi kalau:
1. air dan beras yg di blender menjadi dua lapisan berasingan.
2. tidak kembang dan tidak berbuih dan berair.

tosai anda jadi bila anda dapati
1. teksturnya seperti dalam gambar ni.. berbuih dan ringan.. maka sedia untuk dimasak. sekiranya anda telah berjaya sila ikut cara memasak di bawah..
cara memasaknya.. elok pakai non stick pan.. senang..



letak satu senduk...
guna belakang senduk dan ratakan atas kuali
biar masak  dan terbalikkan..
cantik.. sedia di makan panas dengan kari atau dal..

8 ulasan:

Unknown berkata...

Insyaallah..teringin nak masak tosai sendiri...tq atas resepi

Unknown berkata...

Insyaallah..teringin nak masak tosai sendiri...tq atas resepi

Unknown berkata...

Hehe nk cuba

Unknown berkata...

Tq sdp sgt...

Unknown berkata...

Kacang aluthu tu tukar dgn kacang lain blh ke

Unknown berkata...

Beras bnyk mna
Bnyk tu lah kacangnya.... Kata mak saya

Unknown berkata...

kalau x guna kacang x blh ker

Baby Teratai berkata...

Boleh..sy pakai kcg dal biasa je..pon jd


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails