Selasa, 3 Mei 2011

perasaan kita berbeza...


uniknya hati.. uniknya perasaan. boleh di rasa tidak boleh disentuh.
wujud tapi tidak boleh dilihat. Umpama cinta dan kasih sayang.
dan jua..rindu.
Mungkin ada yang memahami dan ada jua yang tidak kerana perasaan kita berbeza. Sebenarnya perasan di bentuk dari kecil. kalau melihat orang susah kita rasa sedih. mungkin bagi yang mengasuh anaknya cara lain.. lihat apa pun dia tidak ada perasaan. mungkin baginya melihat apapun tidak ada perasaan.

kerana dari kecil dia sudah lali dgn suasana itu. tetapi tidak bagi orang yang lembut hatinya.. yang punya perasaan. dan perasaan ini lah yang mendidik hubungan kita dengan tuhan.

kerana zaman moden ini terdapat manusia yang hidup tanpa percaya adanya tuhan. Ada jug ayang kejam dan tidak berperasaan. susah betul untuk kita memahami.

namum begitu tulisan ari ini. ingin aku rungkaikan satu perasaan ketuhanan dan kecintaan pada agama. Junjungan kita Rasulullah.
bagi yang punya perasaan, membaca helaian demi helaian kisahnya cukup cukup menjatuhkan air mata kerinduan. Ya Allah aku merindui seraut wajah penyelamat ku dgn syafaat nya. Ya Allah aku ingin menemuinya. biarpun sekadar dalam mimpi. Namun aku tahu mimpi pun aku tak layak..siapalah aku ini. dan kadangkala terfikir kalaulah kekasih Allah itu muncul di zaman ini. Pasti sedih dia melihat umatnya.. yang jauh meninggalkan pesanannya. Ada juga yang sibuk mengantung alquran di dinding, sebagai hiasan bukan amalan...
yang menggantung al quran sbg penghalau hantu bukan utk ikutan. Yang sibuk baca al quran utk jadi kaya bukan penyelamat dr neraka. Yang sibuk ambil ayat alquran utk kepentingan diri bukan meniliti sebagai amalan hidup...
yang megerjakan solat sekadar menggunakan sisa waktu dari waktu kerjanya utk dunia ini. klebihan waktu utk tidurnya. ibadat dari lebihan waktu menonton Tv ..bukan sebaliknya..
Itu kisah berperasaann.. tapi kisah yang tidak punya perasaan pula? ucaplah nama Allah dan Rasulnya.. dengarnya bersaja.. tidak dibalas dgn selawat apatah lagi merindui.
Semua ini ibu bapalah yang mendidik.. timbulkan dalam diri anak kita dan diri kita rasa hormat pada nama itu. Ada perasann sbb kenal..tiada perasaan sbb tidak kenal. seperti kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
Ya.. Perasaan kita tak sama. kerana aku pasti perasaan itulah benteng akidah.. pendorong akhlak mulia. apap yang buruk Allah tak suka.. apa yg Allah tak suka kita tak akan buat... kerana kita jujung nama tuhan ... kerana kita berperasaan pada apa yg dilarang Allah.

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails