Khamis, 19 Mei 2011

isu gaji


Salam JUmaat,

Terima kasih kepada pembaca dan yang terbaca apa yang bakal ku lakarkan di sini. Apa yang ingin ku bual bicara disini tentang perasaan tidak puas hati staff bawahan aku. Dialognya begini.

‘kenapa awak tak datang bekerja sesuka hati?’

‘saya takde mood puan’

‘ngapa takde mood..?’

‘alah…. Puan keje betul betul pun buat pe? Tu gaji si mamat tu, tinggi dari gaji saya.. padahal saya lebih senior dari dia, saya yang kerja lebih. Tapi dia yang dapat gaji lebih. Mana boleh. Takde mood la saya nak keje kalau camni’

‘ooo … begitu. Jadi kamu nak berenti ke? Untuk protes gaji kamu kecil?’

Staff tadi hanya diam.. .. membatukan diri. Muka menunjukan riak muka yang tak puas hati. Esok lusa dan seterusnya displinnya makin merosot, ponteng keje , lewat masuk keje dan tiada di tempat keje sedangkan waktu itu dia sepatutnya bertugas.Seminggu selepas itu, aku panggil dia lagi.

‘kalau awak nak berenti keje sila anta notis berhenti dan kalau rasa nak kerja sila beri komitmen pada keje awak.’

‘tapi puan .. saya nak keje. Cuma saya tak puas hati…. Saya nak keje sungguh sungguh.. simamat tuu dapat lebih dri saya.. biarlah dia yang keje bagus. saya keje bagus pun dia saja yang nampak bagus’

‘ dahtu awak tak yah keje semata mata gaji awak kecik? Tetapi awak kena ingat satu perkara, cuba awak keluar dari tempat ni.. tunjuk sijil yang awak ada tu dan ada tak awak akan dapat gaji lebih tinggi dari sekarang. Saya cabar awak….’
Aku mula suruh dia berfikir. Dia duduk termenung, memikirkan apa yg ku ucapkan tadi. Tapi masih ada raut raut tak puas hatinya.

‘memang betul puan saya dapat lebih dr orang yg keje di tempay lain yang pegang jawatan sama macam saya. Tapi mamat tu lebih dari saya… saya tetap tak puas hati. Bagus sangat ke dia?’

‘Tahu pun, awak kena ingat, saya juga kakitangan di sini, ada staf lain kelulusan lebih rendah ari saya dapat gaji lebih tinggi dari saya . Tapi saya tak pernah persoalkan. Awak tahu kenapa? Sebab itu lah rezeki kita, bersyukurlah agar pendapatan kita berkat.
Cubalah sesekali fikirkan, orang yang pendapatannya lebih rendah dari kita. Dan fikirkanlah kalau lah gaji awak sejuta sebulan sekalipun, kalau tak berkat, ia takkan cukup.. Sudah la tu… banyakkan ibadah sebab kita hanya menerima rezeki pendapatan kita, sebenarnya gaji awak terima tu bukan milik awak. Ada hak orang lain dalam gaji awak tu… hak keluarga awak.. awak hanya tempat di mana rezeki itu di salurkan. Ingatkan agar diri sendiri bershukur dan jangan tiggal solat, supaya tuhan tambahkan rezeki. Bukan protes macam ni… ‘

Staff didepanku hanya tunduk diam.. masih belum pasti dapat atau tidak dia menerima kata kata yg aku lontarkan. Sesekali aku fikirkan. Janganlah memandang rendah pada staf bawahan. Walaupun mereka rendah pendidikan mungkin amal mereka lebih dari diri kita dan diterima tuhan. Jangan ainaya mereka kerana doa orang terainaya itu makbul.

Bagi aku pula, janganlah kita hidup asik memandang apa yang orang lain ada. sesekali tengoklah apa yang orang lain tak de. Dan kita ada. itulah yang mendorong kita bersyukur. Bila lihat orang yg lebih kaya, maka lebih butalah hati kita. kita tidak akan bershukur dgn apa yg ada, malah kita akan banyak mengeluh kenapalah kita tidak seperti dia dan terus mengeluh. Tapi bila melihat orang yg lebih susah..kita akan lebih sayang pada apa yg kita ada sekarang. kita kan lebih menghargai.
jangan amalkan perkara ini, kerana bila nikmat itu hilang barulah kita sedar.. itulah nikmat yag kita lepaskan.

tak perlu contoh yang besar.. cubalah selami hidup kita seharian. bersyukurlah dgn apa yang ada. Sebagai contoh, jika staf tadi diberhentikan kerja. Dan dengan takdir dia tidak dapat kerja lain.. dan pada masa itu dia akan lebih bersukur dgn apa yg dia perolehi sekarang. Tetapi jika dia asik berugut dan iri hati pada rakannya.. maka hidupnya takkan tenang, penuh dgn perasangka buruk dan jauh sekali untuk bersyukur.

Ya Allah berikanlah aku petunjuk dan hidayah. Moga jalan jalan kulalui Kau bersamaku..Aminnn.

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails