Selasa, 12 Oktober 2010

doa yang diabaikan

setiap hari kita menunaikan solat... banyak doa yang Allah ciptakan untuk kita hayati.. dan moga kita mengenali siapa kita dan positifkan diri kita.. minta padaNya yang terbaik...
tetapi kita cuma sekadar membaca..
mungkin memahami makna..
tapi jarang memghayati..
lagi payah untuk memasukkannya dlm hati kita..




contohnya...
semasa duduk antara dua sujud Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Kalau kita hayati.. Ya Allah mulianya doa ini...sebuah doa yang kita hanya abaikan begitu sahaja..

ada baiknya semasa membaca kita memahami... satu demi satu kalimah dlm solat..
moga solat khusuk bersama kita...
AMINNNN...

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails