Ahad, 30 Mei 2010

Family Mak Njang




salam... hari ini khamis 27 May 2010. aku dah ambik cuti... perjalanan aku cuti ni panjang skit...

aku baru balik dari kampung... Alhamdulillah misi aku untuk menghulur bantuan dr kengkawan ke rumah mak njang telah kuselesaikan... dan berjalan lancar..
Begini cerita pasal emak saudara 2 pupu aku ni.Latar belakang mak njang idah salah seorang penduduk kampung yang punyai ramai anak... tak silap aku 12 orang semuanya... Keluarganya macam penduduk kampung lain, suami nya bekerja kampung menoreh getah untuk menyara keluarga dan memasarkan hasil hutan atau tangkapan ikan sungai untuk menyara keluarga.

satu hari beberapa bulan lepas tetiba je, mak aku menelefon menyatakan Kri(suami mak njang) telah pergi mengadap yg Esa. Terus je aku termenung seketika... bagaimana mak njang idah nak menyara 12 orang anaknya? dengan 7 orang yang masih bersekolah... tak dapat bayangkan.. kita yag punya anak dua tiga orang pun terasa beban.. ini kan pula ibu tunggal dengan 12 anak...

Masa aku tiba .. aku lihat, anak lelaki kecilnya... memakai baju persatuan bulan sabit merah lama bersaiz orang dewasa... berselipar besar.. mencuit hati aku. Nak snap gambar tak sampai hati.. bimbang nanti terasa pula hati mak njang yg mungkin ingat aku nak promosi kelurganya.. lagipun belum setahun suaminya pergi.. Memang perasan sedih masih ada... aku faham tuu



Pasal makan pula... aku dah tahu sangat.. Anak orang kampung tak berharap lauk yg mewah..biasa je. nasi kosong berlauk ikan goreng telah memadai bagi kami. nasi biar banyak.. lauk sedikit pun tak mengapa.. kalau ada rezeki ikan boleh cari di sungai.. sbb kampung kami memang di tebing sungai. tapi kalau takde beras bukan mudah... itulah keperluan asas dengan 7 org masih bersekolah dan sedang membesar.. memang banyak keperluan makanan diperlukan.

bg mereka milo dan susu itu makanan mewah.. sos cili dan tomato tak penting. Jika sarapan lempeng kosong pundah kira baik. cukuplah mengalas perut. Yang penting ada beras.. gula dan garam.Kalau minuman pula, tak menjamah minuman manis pun tak mengapa, kalau ada pun sekadar kopi dan teh memadai.

Peralatan sekolah.. kasut tak perlu baru.. Ikut pendapatan ibu bapa.. koyak sikit atau ketat skit pun..asal boleh dipakai dah kira ok. Sekiranya ada teman yg ada peralatan sekolah yang tak pakai pun boleh la hulurkan.. mereka tak memilih apa yg dihulur, mereka terima dgn hati terbuka... sbb ada 2 orang masih sekolah menengah, 3 orang sekolah rendah dan 2 org di tadika.

aku ceritaka pada rakan sepejabat yg kebetulan memang sedang mencari orang untuk bersedekah.. so.. hari ini kau dah sempurnakan misi. dah kuserahkan segala bantuan dan nampak muka ibu tinggal ni tersenyum. terima kasih banyak banyak,... tu je diucapkan. ye la.. org yg tak pernah dikenali mereka pun masih sudi menghulurkan bantuan..

tq kengkawan dan ada tunai Rm 100 yg turut aku serahkan... moga ringan sedikit bebannya.. disertakan gambar mak njang sekeluarga..dan anak anaknya yg ada waktu aku menghantar barang... ada anak anak lain yg bersekolah dan tak de masa aku datang.

to yani and wary and your related freinds..Tq soo much... moga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga..

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails