Khamis, 1 April 2010

Siapakah wanita itu?



Rasanya udah lama aku buka store … kekadang ada rasa putus asa dgn hasil jualan yang tak berapa memuaskan. Ketika aku membelek belek tazkirah lama… aku terbaca sesuatu yang aku cetak keluar dr peti e-mail ku lebih dr 10 tahun lepas.. amat amat tersentuh sehingga mengalir airmataku membaca nya… kenapa aku tak setabah itu?
Aku sekadar menaip semula cerita itu untuk kita kongsi... ceritanya begini:

Sekadar pengajaran untuk kita semua. Hari hari selepas seminggu saya beraya di kampung, saya pulang ke kuala lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yg saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan seoarng budak kanak kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul didepan.

‘abang nak beli kuih?’ katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup kiuh jajaannya. ‘tak apa dik abg dah pesan makanan’ jawab saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak kanak itu menghampiri pelanggan yang lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak dan dia berlalu begitu saja.
‘abg dah makan, nak beli kuih saya?’ katanya selamba semasa menghampiri meja saya. ‘abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi’. kata saya sambil menepuk nepuk perut.















Dia beredar, tapi Cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ dia meletakkan bakulnya yg masih sarat. Setiap yang lalu ditanya nya ‘nak beli kuih saya bang? ..pakcik..kakak atau makcik. Molek budi bahasanya!

Mamak restoran tu pun tak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati terselit rasa kagumndan kasihan di hati saya melihat bertapa gigihnya dia berusaha.

Tidak namapk alangsung tanda tanda putus asa dlm dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman , saya teru s beredar ke kereta. Kanak kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak kanak tadi berdiri d tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumnya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. ‘abg dah kenyang, tapi I mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik adik abang, ibu atau ayah bang’ katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersaja. Terpantul perasan kasihan di hati. Lantas saya buka dompet, dan meghulurkan sekeping not merah RM10. saya hulurkan padanya. ‘ambil duit ni dik, abg sedekah.. tak payah abang beli kuih tu’ saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan mendadak.

Kanak kanak itu meneriam wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih dan berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta di hidupkan, saya mengundur kereta. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada pengemis yg buta kedua dua belah matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan kereta semula, memanggil kanak kanak tadi. ‘kenapa abg nak kuih ke?’tanyanya.
‘kenapa adik berikan duit abg td pada pengemis tu? duit tu abg bagi adik?’ kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
‘bang... saya tak boleh ambil duit tu. mak marah kalau dia tahu saya mengemis. Kata mak kita kena bekerja cari nafkah kerana Allah berikan tulang 4 kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang,sedangkan jualan masih banyak,mak pasti marah. Kata mak mengemis kerja orang tak berupaya. Saya masih kuat bang!’ katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dgn pegangan hidup kanak kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dlm bakul itu.

‘abang nak beli semua ke?’ dia bertanya dan saya Cuma mengangguk. Lidah saya kelu tak terkata. ‘Rm25 saja bang..’ selepas itu dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik saya dan hulurkan rm25. dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Say aperhatikan dia sehingga hilang dari pandangan. Dalam perjalanan ke kuala Lumpur, saya baru terfikir untuk bertanyakan statusnya..anak yatimkah?


Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan atas dasar kasihan, tapi rasa kagum dgn sikapnya yg dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dgn sikap kanak kanak itu.Dia menyedarkan saya siapa kita sebenarnya…

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails