Isnin, 8 April 2013

aktiviti malam ni..

Malam ni.. belum tidur lagi... dah pukul satu 49pagi..Sebab keje sendiri ni nagada la.... tidur lambat skit takpe.. bukan pi opis pun.. kecuali kalau ada apointment . Eksyen la pulak..

Pepagi ni.. update harga fund unit amanah..emmm naik gak skit.. taklama lagi nak mengundi ni.. nanti mesti turun... kena remain investor yg ada kalau nak membeli ni la masanya....

Tengok dapur jap. Hubby kata nak bawa bekal esok.. so potong la apa yg patut untuk masak esok.. Lepas duk duk depan PC ni..Tuhan ampunkan aku kalau masa aku ni membazir..

Lepas tu review phone..tengok call atau pepe keje yg blum settle.. baru perasan.. esok ada order nak kena pos.. Lepas tu ada call dari ayehteh( bapa sedara)
Ingat lagi suaranya pagi tadi..

'ko jangan tak balik..ko ambik la cuti pun.. kena dtg juga sabtu ni. Anak ayah teh nak kawin.'
Ye la tu... bukan aku plan nak balik pun. tapi memang kebetulan aku nak balik ..kalau tak aku tak balik jugak...

Aku ni memang tak berapa ingat muka pun bapa sedara sorng ni... aku rasa dah 20 tahun tak jumpa.. nak cita pasal dia..?
Ayah teh ni kaya tau.. TAu kaya dgn pe? kaya dgn isteri.. sentiasa penuh 4. Tapi isteri pertama je aku kenal.. yang lain tu..emmm asik bertukar je.. Aku kesian kat wife pertama dia, mesti susah nak terima kan? tapi dia kata anggap suami dunia lain dan dia dunia lain.. ..terima je la.. Tapi aku respect paksedara aku ni, sekurangnya kurangnya dia tak berzina.

Lepas tu aku lepak kat blog blog lain. Dan salah satunya...blog seorang sahabat yg aku kenal kat luar.. sebab baca blog dia... Cerita lama menusuk hati aku... aku yang pernah tersayang padanya..
Wakakaka.. (sorry terjiwang lak) udah le... Banyak lak soal aku ni... AKu pun kena muhasabah diri.. aku tak solehah .jangan nak berangan nak jadi isteri pada seorang yang alim... woii.. sedar diri skit!  Kan wanita baik utk lelaki baik.. sebab tu la aku tak kawin dgnnya. TAK FAHAM FAHAM LAGI KE?
Dah takyah nak jiwang jiwang..baik tutup PC dan pi tidu lagi bagiuh. Tak pun pi ambik wuduk, solat sunat dua rakaat.
Berenti kat sisni... kuar dulu.. dah pagi... esok ada banyak lagi perlu buat.. wassalam

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails