Rabu, 16 Julai 2008

LELAKI AKHIR ZAMAN


lelaki...
zaman telah berubah... manusia berubah... dan lelaki... tanggungjawabmu makin hilang.

memang tuhan maha adil..segala puji untukNya yang maha kuasa. aku begitu takjub bila kulihat dimana seorang wanita itu dinilai. Syurganya hanya pada seorang lelaki, taatnya pada seorang suami. itu saja..cukup mudah bunyinya. tapi tak ramai yang bersabar. malah aku yakin jika tugas itu diletak pada bahu lelaki... mereka juga kalah.

wahai lelaki yang beristeri... berbanggalah kamu jika isterimu yang patuh. buat lah sesuka hatimu. TETAPi kamu jangan lupa, jika kamu tidak adil, apatah lagi kamu ainaya padanya. Balasan Allah tetap ada.

subuh hari isteri sudah bangkit.. menyediakan segalanya untuk keluarga. anak perlu disiap ke sekolah. sarapan kena sedia. sedangkan SUAMI MASIH BERDENGKUR! kejutkan suami dan anak... pada kebiasaan ini, telah ada hadiah dari Tuhan untuk isteri... tapi SUAMI? Lainlah kalau tahajudmu sepanjang malam.... tapi alahai suami akhir zaman... SUBUHPUN TAK TERBUAT! jauh sekali mengimamkan solat untuk keluarga.

isteri sibuk didapur dan rumah, siap kena iron baju suami,anak anak dan kadang lupa mendandan diri. terus kerja bersama suami dan anak anak meninggalkan rumah.

pulang tepat 5.30ptg. belum sempat tukar baju kerja terus saja ke dapur memasak... ahhh penatnya Tuhan saja yang tahu... nama SUAMI? tengah syok TENGOK TV. katanya berehat, penat bekerja.. kan ke tugas suami cari duit? isteri tu pergi keje juga..tapi terus sambung kerja didapur... ni suami lebih kuat kerja ke atau isteri? seronoknya cik abang berehat ye??? penat konon..Isteri you tak penat sebab dia MESIN!

SUAMI tungguu time makan dan basuh tangan jeee. lepas tu sambung berehat. takpun ajak kawan kawan minum kopi lepak kedai mamak. BGUSLA TU.

mana anak mu? Tak di ajar mengaji al quran? entahlah suami baca pun salah... mana anak gadismu..dibiarkan mempamer auratnya?

bila siap kerja dapur, teringin pula hati isteri nak tengok TV, tapi suami berkeras nak tengok Rancangan kegemaran.... permintaan isteri tak penting. benda kecik. permintaan wanita yang tak perlu diambil tahu.. kerja awak kat dapurrr. TV aku tengok..sbb aku SUAMI! bagi kopi satu! isteri kan macam kedai. cakap apa dia buat dia tak boleh bantah sbb aku SUAMI!
isteri tak pernah bantah... suami ADIL KAN? sbb kamu fikir adil tu hanya untuk kawin lagi satu? bukan adil dari segi timbang rasa dan kerja.. baru nak lelap mata suami mula rasa nak berjimak... penat pun kena layan.. bila tak sedap komplennya berjela.. tapi dia tak fikir isteri dah kerja dari pagi sampai malam...
kat tempat keje suami orang penat, isterimu wanita..lagilah bertambah penatnya... kalau kamu penat fikirkanlah banyak mana tenaga isterimu....
tu belum masuk time raya..ada suami yang sejak mula kawin tak pernah benarkan isterinya beraya dengan ibunya sendiri...
tu belum masuk hak belanja rumah... isteri yg buat double work ..tak dapat ruang untuk dirinya..sampai beras gula pun nak kena pakai duit sendiri... suami sekadar lepas batuk ditangga..KENAPA? isteri aku ada incomenya sendiri..tak yah risau... SUami..buat lah begitu..AINAYA wanita yang sayangkan kamu semahunya....
apatah lagi yang minta duit isteri? mana tugas kamu?
tu belum masuk kehendak isteri....yang tak pernah dipandang serius.. duit isteri ambik guna semahunya..sedang isteri cuma minta baiki singki... bertahun dah dia minta..tak pernah nak diingatinya. bukan minta intan berlian pun.


LELAKI akhir zaman... kamu sudah lupa dimana islam yang perlukan pengorbanan. kamu telah lupa isteri dalam tangunganmu semuanya dibahumu... kamu tidak takut disoal tuhan tentang segalanya. fikir fikirkan lah...


Klau kamu benar benar lelaki yang berhak balik dilayan macam RAJA. dan tak menyusahkan Isteri... carilah nafkah secukupnya..isteri kamu tak perlu turut bekerja...biar dia uruskan rumah saja... ITU WAJAR. Tapi jika isteri berkerja dan masih buat kerja rumah. dan Suami tak bantu... lebih lebih lagi duit gaji isteri, suami guna untuk keperluan suami. berhati hatilah kerana kamu hampir hampir mengAINAYA isteri kamu!

Suami akhir zaman... ke pejabat dan rumah..itu saja kerja kamu. masih belum cukup...Isteri pun boleh buat. cuma yang kurang, isteri belum tabah menghadapi segalanya...ketidak adilan lelaki pada kami.
kerana kami tahu syurg aAllah itu mahal... payah diharungi. kerana itulah kesabaran menjaga seorang lelaki terlalu sukar. melalui liku liku diAINAYA mereka.

sepatutnya
suami = belanja rumah, anak isteri , tempat tinggal , kerja cari duit untuk sara keluarga
isteri = mengurus dan menjaga rumahtangga

tapi
suami=belanja umah 10%
isteri= urus rumahtangga, belanja umah,kerja cari duit, bayar umah, kete, belanja anak sekolah, bagi duit poket kat suami.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails