Selasa, 9 Mac 2010

mana Akhlak mulia?

Satu hari di majlis walimah. Panasnya..bahang betul..ikutkan hati malas aku nak hadir ke majlis walimah ni. Tetapi mengenangkan jasa ibu kepada pengantin perempuan niii…yang banyak berjasa masa kawin aku dulu, aku gagahkan juga untuk pergi. Dgn suami dan sedaramara lain.
Aku mendokong anak aku yang baru berusia 3 bulan lebih… sekecil tu merenget renget kepanasa. Ye .. la anak aku tu sihat badannya cepat panas dan aku pulak nak mendokongnya lama memang sakit pinggang.
Aku tengok kat tempat makan ada beberapa tetamu tgh mengunggu. Rupanya pinggan dah habis.. so aku terus je berbaris. Nak dijadikan cerita, tiba tiba dtg satu kumpulan pelajar sekolah agama... bertudung labuh. Sama sama nak makan...
Kebetulan pulak masa tu penanggah majlis tu datang hantar dalam 10 pcs plate utuk makan, memandangkan plate dah abis, tau tak apa budak pompuan sekolah agama tu buat? Dia pergi depan aku ambik semua pinggan tu pas kat semua geng geng dia.. ada dua tiga org makcik yg menunggu plate td dan aku masih belum makan lagi... diaorang serbu plate tu dan ambik makanan..tak pikir pasal kami yg tercanggak kat situ dr tadi. Yang aku paling geram..pergi ambikplata depan kami dan pas pd kawan kawan kat belakang kami? Takkan tak perasannn?
Dia orang ni jenis pe? Mana pegi akhlak dan budi pekerti? Sia sia agama yg dipelajari…jika tak berakhlak… Aku bukan nak kutuk orang pakai tudung labuh sbb aku dulu pun pakai macam depa… tapi perangai aku tak la macam tuuu. Memang tak de ati perut. Anak aku start nangis kepanasan sbb geng tu serbu tempat kami berbaris.. keadaan jadi panag… tapi mereka buat selamba jee ambik makanan sambil sembang … sakit ati tak? sbb bengang..aku terus beredar dr situ…

Wahai penuntut agama akhir zaman jagalah pekertimu… kerana islam melahirkan manusia berakhlak tinggi. Mungkin aku faham sbb aku orang islam..aku juga seperti mereka..ukuran iman bukan dr labuhnya tudung. Tetapi kalau orang lain yg tak paham bagiamana..? nanti mereka menyalahkan agama kita.. Dimana akhlakmu.. kerana sungguh sopan nampaknya wanita islam bertudung seperti mereka..tapi malang akhlaknya hanyut seumpama sungai…

Tiada ulasan:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails