SALAM...
Selalu kita mendengar rumah tangga, kasih sayang, dan perkara dengki mendengki ... akibatnya ramai yg percayakan sihir dan bomoh. memusnahkan orang lain. Perkara yang kadang kala kita anggap karut..namun terbukti kebenarannya.
sahabat semua, amalkanlah ayat manzil setiap kali lepas solat subuh dan asar/maghrib. Amalkanlah juga al mathurat...
Insyaallah rumah tangga kita bina terselamat dari malapetaka, dekat dgn Allah dan jauh dr Syaitan.
Dan percayalah bahawa apa pun yg belaku dlm hidup bertawakallah pd Allah. sesungguhnya ujian Allah itu mudah.. jika dibandingkan siksaNya disana. kerana jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan jalan ke neraka itu penuh dgn kesenangan.
kita hanya hidup..2 setangah hari dari masa di akhirat ... bersabarah untuk 2 setenagah hari saja wahai sahabat....
Ahad, 22 Februari 2009
Khamis, 12 Februari 2009
DOA MUSTAJAB
Menurut hadis Nabi s.a.w. doa yang paling mustajab adalah ketika:
1. Waktu antara azan dan iqamah
2. Ketika saat-saat genting dan cemas
3. Ketika sujud dalam solat
4. Ketika berkecamuk perang fisabilillah
5. Ketika hujan lebat mula turun
6. Pada malam-malam bulan Ramadhan terutama malam Lailatul Qadar
7. Sedang wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah
8. Pada malam dan pagi Jumaat
9. Ketika khatib duduk antara dua khutbah Jumaat
10. Waktu menjelang fajar (sahur)
11. Waktu sebelum dan sesudah sembahyang fardhu.
12. Ketika tawaf di Kaabah
Isnin, 9 Februari 2009
BARISAN DI AKHIRAT
Suatu ketika, Muaz bin Jabar r.a mengadap Rasulullah s.a.w dan
bertanya baginda: ' Wahai Rsulullah tolong huraikan kepadaku
mengenai firman Allah SWT':
ertinya:
'Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbari-baris."
( Surah al-Naba')
Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan
air mata. Lalu menjawab: "wahai Muaz, engkau telah bertanyakan
kepada ku perkara yang amat besar, bahawa umatku masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri..." Maka dinyatakan apakah 12
barisan tersebut :
Barisan Pertama
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki . Keadaan
mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha
Pengasih: 'Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya
menyakiti hati jirannya . Maka demikian balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka...."
Barisan Kedua
Diringi dari kubur berbentuk babi hutan . Datanglah suara dari sisi
Allah Yang MAha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu
hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka...."
Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular
dan kalajengking . "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar
zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
Barisan Keempat
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar
dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam
jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka..."
Barisan Kelima
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai . Ketika itu
Allh SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu
ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang
menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi
tidak pula rasa takut kepada Allah SWT . Maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keenam
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan
. 'Meraka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Ketujuh
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir
nanah dan darah . "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi
kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasnya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Kelapan
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah
dan kaki ke atas . "Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka
inilah balasnya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesembilan
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru
sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh . Mereka
adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
Barisan Kesepuluh
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka yang penuh dengan
penyakit sopak dan kusta . Mereka adalah orang yang derhaka kepada
ibubapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
Barisan Kesebelas
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata kepala, gigi
mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut
mereka dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum
arak . Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
Barisan Kedua Belas
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana
bulan purnama . Mereka melalui tittian sirat seperti kilat. Maka
datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
'Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik, mereka menjauhi
perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan
mereka sudah bertaubat . Maka inilah balasannya, dan tempat kembali
nereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan
Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap
dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan
Allah, tahulah engakau betapa peritnya berpisah denganNya...
Wallahu a'lam
Bersabda Rasulullah s.a.w, ertinya:
"Sampaikanlah pesananku kepada umatku walaupun dengan sepotong ayat"
Rabu, 4 Februari 2009
WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLAH.
PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA
1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman : "Hiduplah dengan apa yang kau suka."
2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.
4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepad kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama keran merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...
Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.
Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.
6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.
8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.
ARTIKEL INI DI COPY AND PASTE..SUMBER LUPA NAK COPY SEKALI....
KELEBIHAN WANITA
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."
Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:
1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.
2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yg soleh.
5. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.
6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.
7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.
WANITA YANG MULIA DALAM PANDANGAN ALLAH.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : "Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."
Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.
Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.
Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat kedalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami merek...dan bila melihat kedalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....
DUHAI WANITA
Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah
1. Wanita berwawasan.
2. Bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.
3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia, malah mengoncang iman lelaki.
4. Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan. Lelaki & wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain.
Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama …. sejauh mana mereka dapat menta’ati perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim)
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya."
WANITA
Perempuan adalah sebahagian dari lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri. Ia dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Kelemahan perempuan kerana lebih menurut naluri dari menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya dengan godaan perempuan. Kenapa lelaki ada 9 akal masih tewas bila digoda oleh perempuan? Sebab perempuan merupakan penggoda profesional!!!.
Lihat fakta sejarah daripada Al-Qur’an atau di sekeliling kita. Iblis tak dapat menggoda Nabi Adam a.s. supaya makan buah larangan. Tapi bila Siti Hawa memujuk nabi Adam, baru Nabi Adam a.s. mahu makan buah itu. Anak Nabi Adam bergaduh kerana berebut perempuan. Nabi Yahya a.s. dibunuh kerana fitnah perempuan. Hang Tuah dan Hang Jebat bergaduh kerana perempuan. Ramai lelaki pergi ke dangdut kerana tarikan perempuan GRO. Orang lelaki tambah cawangan lagi satu kerana godaan perempuan. Banyak duit lelaki habis kerana perempuan. Lelaki pergi ke siam kerana perempuan. Lumba motor kerana perempuan. Eksiden pun kerana perempuan...
Langgan:
Catatan (Atom)