Selasa, 30 April 2019

Sekarang saya telah membaca banyak blog pengalaman dan segalanya.. Jadi baca tulisan saya ni macam anda dah buat bacaan berpuluh puluh blog lain. So saya buat rumusannya saja. Dan ada yg saya edit ikut keadaan sebenar masa saya di sana.

Harap beri manfaat pada semua.

MASA
Malaysia lebih awal 5 jam daripada waktu di Arab Saudi. 
Jika waktu Malaysia pada jam 10 pagi, maka waktu di Arab Saudi ialah jam 5 pagi. 
Jika kita ingin menghubungi keluarga kita di Malaysia, sebaiknya kita hubungi mereka selepas waktu Subuh 
atau pada waktu siang hari. Jika waktu selepas Subuh di Makkah jam 6 pagi, waktu di Malaysia ialah jam 11 pagi.

KEADAAN CUACA DAN SUHU DI TANAH SUCI
Sejuknya kering dan musim panasnya juga kering, maka kulit kita dan bibir kita mudah untuk menjadi kering. 
Dan selalu juga tumit kaki kita pecah-pecah disebabkan olehnya. 
Apabila ini berlaku, ini boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan menyukarkan kita untuk berjalan jauh.
Sebagai persediaan bagi mengelakkan kita menghadapi masalah di sana nanti, kita hendaklah membawa
 “Cream Pelembab Kulit”atau “Losyen Pelembab Kulit” seperti berjenama Nivea atau Viseline. 
Sekadar menamakan beberapa produk yang biasa digunakan jemaah umrah. Sekiranya kita ke tanah suci pada musim panas, 
jangan lupa membawa bersama cermin mata hitam, sebaiknya yang berjenama atau “original”. 
Suhu panasnya boleh mencecah sehingga 50’C dan untuk melihat ke hadapan begitu silau dan memeritkan sekali. 
Senang cakap, kita berjalan nak buka mata pun susah. Berpijar mata kita sampai terkebil-kebil hendak melihat pemandangan

Selipar
Mudahnya bawalah 2 pasang selipar. Satu yang sudah siap kita pakai dari rumah. 
Sepasang lagi stand by kalau-kalau selipar kita hilang di masjid. Sebab saya nak tawaf yang yakin..jadi lantak la selipar hilang saya dah siap siap selipar baru dalam beg. Tapi sebenarnya hari hari berikutnya selipar saya tak hilang pun.. Sebab saya dah cam tempat saya tinggalkan selipar. Insyallah tak hilang.
Nak panjat Gua Hirak, guna selipar yang sama pun boleh. Tak ada masalah. 
Anda tak perlu kasut PUN.. tak payah beli kasut baru. anda cuma perlu selipar baru. 
Tapi hilang selipar ni kat MAdinah pun boleh terjadi juga ya, bukan di Mekah saja.

Dobi
Upah dobinya Mahal ada pilihan bermula SAR5 hingga SAR10 sehelai. Jika kita menghantar 3-4 helai pakaian ke kedai dobi, 
jangan terkejut jika upahnya boleh mencecah sehingga SAR50 atau lebih dari itu. Bergantung di mana perkhidmatan dobi itu dibuat. Jika di hotel 5 bintang, boleh mencecah lebih dari SAR100.
Beli baju baru lebih baik dari hantar ke dobi. Bawa sabun basuh dan hanger utk sidai. berguna info ni ..saya bawa sabun dan memcuci..

Pakaian dan beg
Jangan bawa pakaian yang terlalu banyak, walaupun kita di tanah suci selama 2 minggu. 
Sebaiknya bagasi kita jangan lebih dari 15 kg. Ini kerana kebiasaannya jemaah akan membeli-belah semasa di sana, 
dibimbangi semasa balik nanti had muatan bagasi lebih dari sepatutnya yang memungkinkan dikenakan denda atau “caj lebihan bagasi”. - Nak ingatkan ye.. muatan ikut berat bukan ikut besar beg. Bawa penimbang beg tu..  beg saya berat .. sbb beli cenderahati dari puiter.. logam ..kaca.. key chain berat..  padahal bila angkat bunyi kosong beg tu.. tapi berat. 

Untungnya kita naik Saudi Airlines, seorang dapat 46kg dengan maksima 2 bag. 
1 bagasi dengan had 23kg. Cukup sangat. Oh ya, nak tambah sikit pasal beg. 
For hand luggage, saya sarankan letak lah sepersalinan pakaian - betul info ni, ada jemaah yg hilang bagasinya..
Bagi lelaki memadai dengan 2 pasang baju yang sesuai untuk beribadah atau pakaian semasa solat. 
Kain ihram pula 3 helai atau sepasang setengah. 
Begitu juga bagi wanita, memadai dengan 2 pasang jubah 2 pasang telekung sahaja.
Perempuan pakailah pakaian yang longgar dan tidak terlalu meriah warnanya.pernah ditenung dari atas sampai kebawah kerana memakai jubah bercorak menonjol. 



Tunai
Sekiranya kita takut untuk membawa wang tunai yang banyak, Ada banyak lokasi ATM Al-Rajhi di beberapa lokasi yang telah disediakan. 
Semasa di tanah suci, had pengeluaran maksima di mesin ATM Al-Rajhi ialah SAR5000 
Kalau nak tukar duit memang elok kat Malaysia sebab dekat sana korang kena beratur panjang dan berebut dengan pak-mak arab serta warga asing untuk tukar wang di kaunter

Tandas
 Tandas wanita berada jauh di luar kawasan masjid dan Tapi Jangan risau tempat wuduknya ada kat dalam masjid. Tetapi Selalunya penuh sesak.. terutama waktu hampir solat, nak menuju ke temapt wuduk pun susah sebab saf saf telah penuh dan susah untuk bergerak.

Gunting,
Bawa gunting kecil sendiri kerana mudah untuk potong sedikit bahagian rambut setiap kali selesai bersaie, jadi tak perlu pinjam orang. Untuk sabun dan syampu, memadai bawa botol bersaiz travel pack itu. Mana tahu kalau hotel tak sediakan kan?
 Berus gigi dan ubat gigi memang takde disediakan.. walupun duk hotel banyak bintang.

Ubat
Bawa Strepsils, Fisherman’s Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sakit tekak) Vicks,minyak cap kapak,dll dari Malaysia. Di Mekah/Madinah, harganya agak mahal.
Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (batuk kering dan batuk berkahak) dari doktor di Malaysia.
Tips.. Kalau nak elak batuk..jangan minum air zam zam yg sejuk. Pilih air zam zam yang tertulis NOT COLD pada suhu bilik je. Insyallah tak dapat batuk teruk sbb mungkin panas dan sejuk yg berlanggar dalam tekak yang buat kita batuk. Tambah pulak dengan cuaca yang baru bagi kita.

Kebersihan diri
Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah ‘treated sea water’ untuk kegunaan harian selain dari untuk minum. Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia.  Harganya lebih murah berbanding  yang di jual di Mekah/Madinah.

Tips membeli belah
Peniaga di Kota Madinah dan Mekah Arab Saudi mahir menggunakan Bahasa Melayu.Kadang kadang diorang lebih pandai cakap melayu daripada english..
Beli di Mekah atau madinah adalah “Jangan percaya cakap peniaga”. Peniaga di Mekah atau Madinah adalah sama seperti peniaga tempat lain yang hanya ingin barangnya laku hingga sanggup berbohong atau bersumpah,Praktikkan amalam tawar menawar ye
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi banyak tempat untuk berbelanja mulai dari peniaga kaki lima sampai pasaraya besar. Didepan masjidil haram, dibawah menara jam (jemaah biasa menyebutnya dengan menara zamzam) terdapat pusat perniagaan yang dinamakan “Al-Baik Mall”. Disana mulai dari barang-barang mewah, mulai dari perhiasan yang ternama sampailah barang barang elektronik buatan cina semuanya ada.

Makanan
nasi Arab di restoran Arab untuk cuba rasa makanan arab atau rasa kelainan rasa makanan di hotel ialah memesan makanan arab sepinggan untuk 2 atau 3 orang. Nasi arab di restoran amat banyak, boleh di makan oleh 2 atau 3 orang.
Khusus untuk peminat masakan disana juga terdapat restoran makanan Melayu, seperti restoran Mr Sate, Warung Mok Minah dan restoran Tasneem yang ada di lantai P3. Semua restoran tersebut dilayani oleh pelayan pelayan orang Melayu.

Sabar
  Susah nak lawan marah. sabar bukan senang. Apabila berada di Tanah Suci, kita akan diuji dengan bermacam-macam perkara terutamanya ragam manusia yang pelbagai dari seluruh dunia. Jadi, didik diri kita untuk banyakkan bersabar dan beristighfar dengan apa jua cabaran yang bakal dilalui.

Cas phone?
Di Mekah dan Madinah mereka menggunakan 2 pin soket, berlainan dengan negara Malaysia. Jadi International Adapter amatlah diperlukan kalau nak charge handphone di sana.
In Saudi Arabia the power plugs and sockets are of type A, B, C and G. The standard voltage is 110 / 220 V and the standard frequency is 60 Hz. Tapi bagi anda yang duk hotel selalu tak jadi masalah sebab hotel sekarang dah upgrade..semua plug boleh masuk.
 Jangan risau. kalau ada hotel yg ada plug talk match.. ada banyak kedai yg jual plug travel untuk di beli.


Tips tambahan – prepaid sim kad
Nak beli kad sim beli kat airport ..murah dan mudah. masa tu juga paspord dgn kita. sebb nak kena ada pasport baru boleh beli sim ye.
Pada yg nak beli internet.. kalau nak gun abanyak beli la banyak terus..adik say abeli 10 G bila nak tambah pi kedai nak tambah..tapi top up nya tak juga tambah. duit dah bayar.. tanya yg jual tu..katanya sebab dual sim. Lepas tu ada lagi jemaah lain ada masalah yg sama.. membazir.. baik beli sim baru.. tak boleh top up..

Sim card
Di sana ada banyak free WiFi, kalau rajin boleh la merayau-rayau cari open wifi, ada juga tokey kedai yang murah hati beri internet percuma kepada orang ramai. Pihak hotel juga ada menyediakan Wifi percuma, tapi hanya boleh pakai di lobi sahaja. Naik ke bilik dah putus. Penulis membeli prepaid internet Zain (kad warna pink) di hotel Madinah, Pekerja hotel tu ada jual. Harga 50 riyal untuk 2GB sebulan. Di Makkah pun boleh pakai nanti. Kalau nak pakai mobily pun boleh tapi charge mahal.
Nanti semua kredit habis untuk 3G sahaja. Lebih baik ambik pakej macam yang penulis buat. Gunalah internet sampai puas tanpa risau kredit telefon habis. Boleh juga berkongsi dengan ahli keluarga, Setting kan telefon kita sebagai router atau dipanggil Wifi Hotspot atau juga Thetering.

Sedekah
kalau nak sedekah makanan , boleh bagi kat kedai yang ada offer masak makanan dan bagi pada orang yg memerlukan. Kalau dr hotel kami boleh nampak waktu makan ada oarang berbaris tunggu makana percuma tu.
Kalau nak wakaf al quran ada di jual dalam perjalanan nak ke masjid. Harga berbeza yang kecil dan yang besar. ada dua saiz je. Nak wakaf al quran tak boleh tulis apa apa kat quran tu dan tak boleh quran lain.. kena yg sama macam kat masjid je. Macam travel agen kami mereka tolong buatkan..bayar je, nanti mutawif belikan dan hantar.
Masa berjalan Masjidil Haram, memang akan ada orang beratur minta sedekah.Macam ni, bahaya sikit. Sebab kalau bagi sorang, korang kena bagi semua sebabnya dorang akan kejar. 
Ada banyak amal boleh buat kat Mekah.


Isnin, 11 Mac 2019

Merancang ke tanah Suci Mekah

Alhamdulillah...
Tahun ini Allah bukakan pintu hati kelaurga untuk menunaikan umrah. Walaupun sedah bertahun tahun sebelum ini aku bertanya dan berharap untuk pergi. Namun keinginan aku selalunya berakhir dengan kekeciwaan.
Betullah janji Allah.. kalau ke mekah bukan sebab berduit.. bukan sebab tak de duit bukan sebab apapun. Tak guna berlagak alaim pun.. menunding jari kesana dan sini... tapai kalau bukan di takdir... tetap tidak dapat juga menjejak kaki kesana.
Merancang bukan bererti aku akan kesana lagi. Duit ada, tapi asik terhalang..
Sekarang aku ceritakan keinginan aaku 10 tahun lepas...
Memang niat nak pergi mekah sentiasa ada dalam hati.
Kali pertama.
kali pertama aku suarakan untuk ke tanah suci  pada suami. Masa tu aku punya simpanan yg cukup tapi suami tak bagi pergi.. terkeciwalah aku...
Kali kedua
Suami beri izin untuk pergi. Katanya jangan ajak dia. Kerana dia tak sedia dan tak ada hati nak kesana... Jadi aku pun pergi jumpa travel agen..tapi sekali lagi akau keciwa..sebab masa tu Arab saudi tak benarkan wanita muda kurang dari usia 45 tahun untuk pergi tanpa mahram..
Kali ketiga
Aku ajak mak dan ayah pergi. Tapi mak je beria nak pergi. Tapi ayah pun sama.. tak mahu pergi lagi.. nantilah kataya. Maka aku tak boleh pergi.
Kali ke Empat
Kali ni berjaya. Walaupun ayah bagi jawapan selepas 3 bulan..dan suami bagi jawapan selepas 1o tahun. Tak kisah la...
Alhamdulillah.. 

Jom intai travel agent yang berjaya mencuit hati.

Ahad, 15 Julai 2018

Pejabat pendaftaran yang tak sesak

Salam..
Hari ni nak cerita pasal buat ic baru.
Tengok ic orang semua baru kan.. masa pi thai hari tu imegresen suruh la aku tukar ic baru. Tapi masalahnya saya tak suka pi pejabat pendaftran sebabnya.. sesak ramai orang dan sesak.
Ok .. sebab tu saya buat misi mencari pejabat pendaftaran di kuala lumpur ni yang ada ciri ciri ini:
1. Tak ramai orang
2. Cepat dan efektif
3. Senang parking
4. Dekat dengan umah.

Memang susahla..nk dpt yg ada semua ni.. so saya manage daptkan 3 dr 4 list tu. Kira ok la..
1. Tak ramai
3. Senag parking
4.dekat dgn umah
Yg cepat tu takde.. sebab ic akakn siap dlm masa seminggu.. tp ok la sbb senang parking dan tak ramai orang.. maksudnya lain kali senang la aku nak  dtg ambik.. dekat dan sennag parking.

Itulah dia pejabat pendaftaran seputih.
Kat bangunan Endah Prade. Level.5 .Sgt la takde orang. Ko oarking la.kat mana... rm.2 per entry dlm endah prade tu .belambak parking.
Ko pi naik lift tingkat 5..  pejabat tu sebelah lavender spa. Sunyinje tak ramai orang.
Saya masuk buat ic .. saya tekan nombor terus pangil.. tak payah nak tunggu perpuluh orang sebelum kita .. kurang dari 10.minit siap. Tapi ic kena ambik minggu depan katanya.
Lepas saya nak kuar ada dua tiga orang dtg. Tapi memang tak ramai.
Sangat puas hati.







Ahad, 14 Mei 2017

ULAM BUAH KELADAI

Salam semua.. pernah dengar tak buah keladai.. bukan keldai tau... Buah esotik yang jarang jarang dikenali apa lagi dikenali seperti petai atau jering. ulam ini tidak berbau ye... Buah ni asal dari pokok yang besar dalm hutan dan selalunya tumbuh di tepi sunngai. kalau tiba musimnya mmeng banyak. Kami penduduk lipis pahang kat kuala medang .. makan buah ni ... sedap di jadikan ulam ataupun di masak sambal tumis dengan tempoyak. Rasanya kelat dan sedikit pahit tapi ada rasa lemak lemak skit


Ulam ni di kutip dalam bentuk sebiji..lepastu kami rendam dalam air dan dia kan terbuka seperti dalam gamba ni..

Cara makan.. makan. Boleh dimakan dengan nasi lemping atau dijakan ulam..

Ni alantan dimana kami jadikan sambal tumis.. sedap kelat pahit dan lemak..
Sekian dulu perkongsian hari ni.

Isnin, 18 April 2016

DONAT TAK SEMESTINYA BULAT








Akhlak bukan pada labuhnya tudungmu.

Hari ni aku nak bicara tentang sesuatu yang aku alami.

Aku bukanlah orang yang berhijab labuh.. aku biasa biasa saja.
Aku juga bukanlah nak menyalahkan wanita bertudung labuh
Bagi aku mereka cukup ayu... cukup terpelajar dan faham agama lebih dari aku
dan aku rasa akhlak mereka mestilah jauh lebih baik dari aku
terutamanya yang belajar di sekolah agama. Bagiku mestilah akhlaknya seindah agama islam itu sendiri

Tapi sangkaan aku meleset apabila satu peristwa berlaku pada aku sehingga menukar prespektif aku pada wanita yang memakai pakaian ini.

Image result for muslimah with hijabDari segi menutup aurat tahniah untuk mereka.. lebih lebih lagi yang istiqamah .. Ya sekurang kurangnya dari kecil telah memakai pakaiana para isteri nabi. Sekurang kurangnya satu sunnah di lakukan. Namun jangan lupa islam itu membentuk akhlak mulia... wanita penzina masuk syurga kerana akhlak dengan seekor anjing.Dan seorang wanita kuat ibadah masuk neraka kerana menyakiti hati jiran hanya dengan menyimbah air ke rumah jirannya. Begitulah tingginya akhlak dlm islam.

Aku tidak bertujuan untuk memboikot semua yang memakai pakaian yang sopan. Harapanku  dengan cacatan ni harap dapat perbaiki akhlakmu. Alangkah cantiknya  kalau tudung labuh dan akhlak semulia anggapan orang lain pada pakaian itu.

Peristiwa ini terjadi lebih kurang 5 tahun lepas. ketika itu aku mempunyai anak seusia 1 tahun. dan kami menghadari kenduri kahwin.kalau ikutkan hati memang aku malas nak pergi dengan membawa anak kecil. silap silap anak boleh demam. Tapi memikirkan keluarga  maka terpaksa juga mengendong anak kecil.
Tau tau ajelah kalau kenduri dan waktu makan pula tengahari. matahari tengah terikmemancar. aku sedang mengendong si kecil. Anak aku pula asik menangis.. aku lihat ramai tetamu berbaris untuk mengambil makan. Perut pun dah mula lapa.. aku pun turut berbaris untuk mengambil makanan.
ada lagi tiga orang di depan aku.. maknanya jap je lagi akau akan dpt ambil makanan. didepanku ada seorang pelajar sekolah arab sedang berbaris.. tetiba ada sekumpulan pelajar sekolah agama dengan pakaian seragam.. terus aja ke arah kawannya yg di depan aku..
dia terus mengedarkan pengan nasi kosong untuk kawan kawannya.. selamba mereka meminta sbarisan aku.. sedang aku tengah mendokong anak berbaris mereka selamba dengan gelak ketawa macam orang muda lain..
Y a Allah aku terkejut..  kalau manusia biasa pun tahu hormat.. sekurangnya minta maaf utl\k memootng barisan.. inikan pula aku yg tengah dokong baby yg menangis.. kalaulah akhlaknya mulia.. diaorang boleh tolong ambikkan aku nasi..BUKAN MEMOTONG BARISAN!
kalau seorang dua mungkin aku tak marah sgt.. tapi lebih kurang sepuluh orang...
Sungguh buruk akhlak mereka.. Dan hari itu aku langsung tak memandang tinggi pada akhlak seseorang hanya berdasar pada ukuran panjang kerudung seorang wanita...

Tapi dari segi akhlak mereka masih gagal..walaupun hanya memahami benda yang kecil dan simple.. adat tata susila yang cuma boleh di pelajari dalam subjek pendidikan moral!
Atau anak anak tadika yang berlajar bebaris menaiki bas menunggu giliran.
Aku amat keciwa. Doakan moga Allah beri mereka kepayahan atau berada di situasi dimana mereka perlakukan aku begitu..

Khamis, 10 Mac 2016

pokok mahkota dewa

Hari tu balik kampung tengok pokok herba keliling umah mak..

saja snap untuk kongsi.. pada sesiapa yang nak tahu ..
ini mahkota dewa

pokok mahkota dewa

buah pokok mahkota dewa.. rebus je air dan minum,, tak rasa pe.. tawar je.. tak pahit macam sesetengah herba

ni pokok sembung.. kami panggil
 Pokok sembung ni amat kami suka guna ketika demam.. ambik daunnya dan ramas dalam air lepas tu buat air usap kepala.. sungguh sejuk dan baunya harum.. air rasa macam air dlm peti sejuk bila ken akat kepala..
masa saya belaja kat dungun terengganu saya tengok pokok ni di biar melata.. takde orang tau kegunaan nya kot..
 ini pulak pokok bunga kantan. kepada sesiapa yang cuma tahu makan ..inilah pkok kantan yang korang suka tambah dalam asam pedas dan kuah laksa.. ambik dr pokok terus masak mmg sedap lagi..


seronok duk kampung semua nya kat tepi umah je... insyallah usia tua nanti nak duk kampung amin.. kalau allah panjangkan usia ku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails