Khamis, 10 Mac 2016

pokok mahkota dewa

Hari tu balik kampung tengok pokok herba keliling umah mak..

saja snap untuk kongsi.. pada sesiapa yang nak tahu ..
ini mahkota dewa

pokok mahkota dewa

buah pokok mahkota dewa.. rebus je air dan minum,, tak rasa pe.. tawar je.. tak pahit macam sesetengah herba

ni pokok sembung.. kami panggil
 Pokok sembung ni amat kami suka guna ketika demam.. ambik daunnya dan ramas dalam air lepas tu buat air usap kepala.. sungguh sejuk dan baunya harum.. air rasa macam air dlm peti sejuk bila ken akat kepala..
masa saya belaja kat dungun terengganu saya tengok pokok ni di biar melata.. takde orang tau kegunaan nya kot..
 ini pulak pokok bunga kantan. kepada sesiapa yang cuma tahu makan ..inilah pkok kantan yang korang suka tambah dalam asam pedas dan kuah laksa.. ambik dr pokok terus masak mmg sedap lagi..


seronok duk kampung semua nya kat tepi umah je... insyallah usia tua nanti nak duk kampung amin.. kalau allah panjangkan usia ku.

Mesej untuk pencuri

Nilai harta bagi pencuri ialah jumlah harta yang di curinya. Bagaimana nilai itu dapat di tukar dengan wang ringgit
Tetapi bagi pemilik harta.. nilai barang yang di curi adalah berbeza.
mungkin bagi pencuri kereta kancil.. harga untuk menjual part kereta itu cuma rm10,000.00 dan mungkin dimatanya kancil itu tiada nilai yg besar berbanding dengan kereta mewah lain yang di miliki tuan empunya.
Tapi tahukah pencuri bahawa tuan empunya kancil menganggap kancilnya itu nilai lebih besar dari sebji kerete mewah yang dimiliki?
Nilai bukan pada wang harta itu dinilai oleh peraih, tapi nilai itu pada memori yang pernah kereta itu beri pada tuannya.
Aku cukup marah dengan pencuri yang mencuri harta harta yang bagiku punyai nilai yang pencuri itu tidak tahu. Pencuri bedebah yang tidak tahu menilai perit jerih mencari rezeki. Memang itu rezekinya.. Ada balasan pada perbuatannya. Itu doaku.
Tahukah nilai sebuah memori itu tiada yang setanding.
Kalau pun mahukan wang sanggup ku bayar nilai kereta itu jika nak di bandingkan memori yang hilang bersama kereta itu.
Sepertinya kalung emas pemberian arwah ibu.. kalau di jual berapa ratus saja nilainya.. tapi manakan dicari ganti kalung itu lagi kalau hilang..belilah kalung berjuta ringgit nilainya tetap tak sama.. itulah memori.. Hormatilah memori orang lain...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails