Selasa, 23 April 2013

kuih bom bijan inti kelapa

Rasa macam nak  buat kuih muih petang ni.. Lama tak makan kuih bom ni.. Jom terjah cara lama yang duk dalam otak ni...



bahannya:
tepung pulut
tepung gandum
bijan
minyak
 air

inti
kelapa parut
gula melaka
gula putih



Caranya:

 Tepung pulut di campur tepung gandum ikut suka hati. lebih kurang 80 dan 20 camtu.
tambah air dan gaul agak boleh gentel.. senang kan?

intinya?
kelapa parut tambah gula melaka dan goreng jap atas dapur bagi sebati dan cantik

Ambik tepung gentelkan dan buat lubang , masukkan inti. lepas tu golek dalam bijan dan goreng dalam minyak . jgn panas sangat kalau meletop saya tak tau.. heheheee

dah siap dan sedap di makan.


tu la cara brutal dan senang saya memasak.

Selasa, 9 April 2013

sakit kepala

Hari nji apa ku buat ye... Sakit kepala berdenyut denyut. Terima kasih Tuhan..dah banyaak hari aku sihat..ari ni kau pilih untuk hapuskan dosaku..

DAH beberapa hari ni aku tak dr Prof Muhaya.. semua talk kat IKIM dah download..tunggu yg baru.. Napa la astro tak boleh buka siaran radio IKIM.. susah betul..

Prof  kata jgn tulis diari tapi tulislah journal.
sebab diari kita sibuk cerita apa kita dah buat ..Tapi jurnal. kita akan sibuk pikir apa kita akan buat. Dan cuba ikut apa yang kita tulis. Beza memang berbeza..
So tulis apa kita nak buat esok.. buat yang baik satu perkara baik dan satu perkara buruk yang kita biasa buat kene delete..
buat ni dalam masa dua bula atau lebih insyallah berubah lah kita jadi baik...
Jap jap..
nak reverse gak tadi.. tadi aku pi TPM2 stesen minyak bawah jagaan aku dulu. Cantik dah ubahsuai nya macam yg di rancang dgn Petronas dulu.. sama mcm dalam draf.. Semua usaha tu adalah tanggungjawab aku masa bekerja. Alhamdulillah moga bermanfaat untuk semua ..
Aku kesana sebab aku nak minta jasa baik mereka yang sudi bagi aku kotak.. aku nak guanakan untuk packing barang bawa balik kg.
Masa aku di sana aku tersempak la staf lama aku.. zainal, rizal, dua org lagi aku lupa nama la.. tapi muka aku ingat, malah cerita family mereka pun aku ingat..sbb aku selalu tanya pasal masalah keluarga. (Prihatin la konon ..) tapi sampai sekarang pun aku camtu.. ..maaf yee.. napa la nama mereka tak kuar dr minda aku ni. buka nak melupakan tapi.. .. apa apa la.. jgn marah..
 Lagipun siapala aku ni.. BOS baru korang mesti lebih bagus jika nak di bandingkan dengan aku ni...

Untuk esok..

Aktiviti utama:
Esok nak pi servis kete pukul 1o pg. lepas tu pi cheras pi public bank urusan unit trust client dan balik umah packing barang nak balik kampung.. bestnya.. lepak seminggu kat kampung. Tak saba nii..

Perkara baik nak buat esok: Nak bangun pepagi solat subuh dan baca quran.
Perkara tak baik nak buat esok: Jangan ponteng baca al mathurat.

Fokus apa nak buat jangan fokus apa yang taknak.. ingat tu ingat tuu... pesan Prof Dr Muhaya.
 Tq Prof.. Jasamu dikenang walaupun jump akat TV dan radio jee.





Isnin, 8 April 2013

aktiviti malam ni..

Malam ni.. belum tidur lagi... dah pukul satu 49pagi..Sebab keje sendiri ni nagada la.... tidur lambat skit takpe.. bukan pi opis pun.. kecuali kalau ada apointment . Eksyen la pulak..

Pepagi ni.. update harga fund unit amanah..emmm naik gak skit.. taklama lagi nak mengundi ni.. nanti mesti turun... kena remain investor yg ada kalau nak membeli ni la masanya....

Tengok dapur jap. Hubby kata nak bawa bekal esok.. so potong la apa yg patut untuk masak esok.. Lepas duk duk depan PC ni..Tuhan ampunkan aku kalau masa aku ni membazir..

Lepas tu review phone..tengok call atau pepe keje yg blum settle.. baru perasan.. esok ada order nak kena pos.. Lepas tu ada call dari ayehteh( bapa sedara)
Ingat lagi suaranya pagi tadi..

'ko jangan tak balik..ko ambik la cuti pun.. kena dtg juga sabtu ni. Anak ayah teh nak kawin.'
Ye la tu... bukan aku plan nak balik pun. tapi memang kebetulan aku nak balik ..kalau tak aku tak balik jugak...

Aku ni memang tak berapa ingat muka pun bapa sedara sorng ni... aku rasa dah 20 tahun tak jumpa.. nak cita pasal dia..?
Ayah teh ni kaya tau.. TAu kaya dgn pe? kaya dgn isteri.. sentiasa penuh 4. Tapi isteri pertama je aku kenal.. yang lain tu..emmm asik bertukar je.. Aku kesian kat wife pertama dia, mesti susah nak terima kan? tapi dia kata anggap suami dunia lain dan dia dunia lain.. ..terima je la.. Tapi aku respect paksedara aku ni, sekurangnya kurangnya dia tak berzina.

Lepas tu aku lepak kat blog blog lain. Dan salah satunya...blog seorang sahabat yg aku kenal kat luar.. sebab baca blog dia... Cerita lama menusuk hati aku... aku yang pernah tersayang padanya..
Wakakaka.. (sorry terjiwang lak) udah le... Banyak lak soal aku ni... AKu pun kena muhasabah diri.. aku tak solehah .jangan nak berangan nak jadi isteri pada seorang yang alim... woii.. sedar diri skit!  Kan wanita baik utk lelaki baik.. sebab tu la aku tak kawin dgnnya. TAK FAHAM FAHAM LAGI KE?
Dah takyah nak jiwang jiwang..baik tutup PC dan pi tidu lagi bagiuh. Tak pun pi ambik wuduk, solat sunat dua rakaat.
Berenti kat sisni... kuar dulu.. dah pagi... esok ada banyak lagi perlu buat.. wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails