Selasa, 26 Februari 2013

masak crispy masalodai

Petang ni nak buat kuih ni. Memang saya suka .. biarpun hubby tak makan nak buat jugak.. Sebab kita suka makan.. crispy gitu..

ok la.. bahan utama nya kacang dhal.. ni nak cita kalau pi beli kacang dal .. beli yg dhal australia. yang tu insyallah jadi. Yang lian tak pasti. Sebab tukang ajar kata pakai dhal australia.. Yang lain kurang jadi katanya... my friend is indian girl..

Ok.. ni rupanya dhal australia tu.. ye la memang betul bila pi kedai ..banyak la pula jenis dhal yang di jual.. pening.. nasib dah set set dhal pe nak beli..


 Ok la dhal tu rendam semalaman.  ni la rupanya yang dah di rendam.. kembang dan jadi banyak tau...

Alamak lupa nak bagitau bahan ..

 Bahannya:
dhal
garam perisa
jintan
daun kari
cili bawang merah




banyak mana?
ni la soklan yg susah nak jawab.. .
sebab saya letak ikut hati.. hehheee..
jawapan senang nya ikut korang le..

nak senang lekat pakai telur dan skit tepung.
tepung pe? tepung gandum pun ok...
 ok la.. ni gambar dhal yg dah siap rendam dan basuh..
Air rendaman tu buang le..

Lepas tu sila la tumbuk ye.. Saya banyak mana pun suka tumbuk pakai lesung batu. Bukan pe teksturny alain..
Tapi kalau tak rajin malas.. hentam je pakai blender. Kalau nak blend tu pakai blend unuk bahan kering ye.. jangan pakai yang kena letak air tu.. confirm tak jadi.










Lepas tu gaulkan dengan bahan lain tadi..iaitu garam, cili jintan, daun kari dan bawang merah hiris.
 saya suka pakai cili padi . sebab takse stok terpaksala guna cili kering.
Gaul rata rata sebab nanti rasa garam tak sama rata tak best.







Ni rupa dhal yg dah di gaul. Masa ni kalu nak pakai telur boleh pecahkan dan gaul sekali.

kalau takde telur pun ok.. tapi nanti susah skit la nak goreng kena hati hati takut hancur, tapi jadi tetap jadi..








  Kepal kepal..kan. nak lagi lekat letak tepung skit.

Saya style letak tepung kat tangan je.. ok juga asal dia kemas bercantum udah le.. tak nak rasa tepung sangat.. tak best. ni gambar tengah mengepal.. sory tak clear .

.tengah buat keje ..ambik gambar tu yg taklawa tuu








 ni gambar yag siap di kepal.. pas tu macama biasa goreng la...














Goreng garing pas tu baru terbalikkan.

Jangan nak ngada ngada kacau kacau sebelum dia garing..sat lagi hancur.. nanti makan masalodai hancur lak.










dah masak raggup..sila makan.. sorry la .. celoteh banyak. harap membantu.



Ahad, 17 Februari 2013

Jalan jalan KLCC

Salam..
Mimpi apa hari ni aku dgn hubby baru bercinta lak, pi tengok wayang.. pilih punya pilih beli online ticket 'The Impossible' kat KLCC.

Dalam pukul satu gitu, hantar anak umah mak, lepas tu merayap la ke KLCC..
Tayangan start 4.20ptg. Sampai KLCC lebih kurang jam 2.30pm.. pi ambik tiket booking. Pastu solat zohor jap.Ingat nak makan kat A&W.. cari-cari tak jumpa.. Malas nak bazir masa terus je pi tanya kat information counter..

Staff kat kaunter tu cakap A&W dah takde kat KLCC. So, makan je la kat foodcourt. Apa la ari ni rasa nak makan banyak ni? ..ahak.. melantak ke apa.. ?  Aku pi kat mix rice.. alamak takde lauk aku suka.. aku ambik nasi..sayur terung, sayur bayam dgn ikan masin campur sambal belacan. Ko teka berapa? RM7.50.. emm ok la. Geram pun ada.. siapa suruh nak makan kat luar jgn banyak songeh! dah le tak sedap....

Tengok hubby yang dah mengabiskan nasi ayamnya.. datang dgn Mc donald satu set.. tak puas makan.. katanya sambil senyum kat aku..

ni tak boleh jadi.. aku nak makan lain la... nak makan spegetii la... ada gerai milano pizza depan aku.. tu jual pasta.. Aku pun pi order bolognase spegeti.. Alhamdulillah, memang tak megecewakan.. fuhh sedap gila. Hubby tak minta jamah pun sbb dia memang tak suka pizza. Tadi di adah ingatkan aku jangan tak abiskan pula.. takut kena abiskan la tu.. hehehee

Belakang table kitaorang ada big family arab.. mesti dia pelik kot pesal kami makan 2 kali.. ahh peduli apa aku.. nasi tu taksedap. bukan nasi tak sedap.. lauknya orang tu masak tak masuk selera. Lepas makan, tengok jam dah pukul 3.40pm.

Cakap dgn huby nak pi kedai buku.. nak tengok buku kraf. nak sunting terakhir buku craf yang aku tulis tu. Kot nanti publisher reject lak. Jengok la cara orang oversea buat buku kraff .. ambik idea skit. Sekali lagi cari MPH ke.. Popular ke.. takde la pulak. Sekali lagi menjenguk counter pertanyaan. Katanya kedai buku ada kat tingkat 4 namanya Kinokuniya. Jepun ke apa?

So pi la kedai tu membelek belek. Tension! semua buku dibalut plastik.. .tak boleh nak buka.. nampaknya takbeli la aku.. sebab aku tak suka buku yang aku tak tahu apa isinya.. kot beli mahal mahal tak menepati citarasa. RUGI TU!
Tau la buku craf mahal.. yg keluaran Malaysia boleh la dapat  RM 35 ke atas.. masuk buku craf yg obersee ni.. emm biasa la rm60 sampai la ratus ratus. Ada aku nak ambik risk beli dgn tak tau isi dalamnya pe? tak yah..

Tapi tak mengecewakan juga sebab ada la dua tiga bijik buku yg entah sapa keluarkan dari plastik. So aku dapat la tengok cara mereka present buku tu. Tak banyak beza dengan apa yang ada dalam otak aku ni. Ada skit yg aku perlu edit dan tambah. sedang sibuk membebel pasal buku di binding dalam plastik tu... hubby duk beri isyarat dah 4.18pm, jap lagi je nak kena masuk cinema.. So aku letak buku terus je pi..

Sesampai dalam cinema aku ternampak seseorang. Duk link atas sekali tepi sebelah kanan. Aku cakap kat hubby ' tu bukan ke A Samad Said? Dia nak nonton cita ni gak ye...?'
 ha'ah hubby aku cakap..
aku duk lirik mata kat wajah tu..tak boleh aku kena tegur gak.. terus je aku pi sebelah beliau..ntah apa aku ni..
' Ni A.Samad Said ke?'
dia menganguk.. mungkin beliau cakap sesuatu tapi aku ni tak dengar sebb bising sangat. Cinema kan nak mula..kan macam macam iklan kat screen tu bising.
' saya peminat.. apa khabar?' aku terus cakap.. Mungkin beliau membalas tapi saya tak dengar. Nak ambik gambar rasa tak sesuai. Kemudian aku beredar ke tempat duduk aku.. dah puas hati aku dpt cakap dengan beliau walaupun aku tak berapa dengar apa yang beliau cakap sbb bising.
Tabik A Samad Said. Rasa mcm ayah ...

Lepas tu aku cakap kat hubby aku pi tegur A Samad Said. Hubby kata beliau mungkin nak idea atau dapatkan ilham.. sebb cita yang kami nak tengok ni pasal tsunami ..cerita benar kat Thailand. Cerita kisah benar satu family masa tragedi tu.. alamaka sedihnya lak.. dari mula mereka sampai Phuket ,  sampai kena tragedi tu. Terpisah, dan jumpa balik satu family.. sedih oooo.
tu je nota ari ni. Wasalam..

Jumaat, 8 Februari 2013

birthday suami

Happy birthday sayang...
hope sayang saya selalu... I LOVE YOU...
birthday kali ni tak buat kek, sebab memang tak penah buat kek untu sayang..
Tapi apa yang istimewa.. anak yang nyayi happy birthaday atta.. comel sungguh suara dia.
moga hidup kit aaman dan gembira selalu.
kek coklat cheese...
best tapi banyak sangat .kita 3 orang tak larat nak abis.. sbb orang yg di jemput tak dapat dtg...
takpe la.. mak sakit kaki .. nak buat mcm mana..

Selasa, 5 Februari 2013

Dia telah pergi

Hari ni tugas aku bermula macam biasa, menelefon pelanggan unit trust... follow up dan buat temu janji. Berita terkini pelaburan dan bantu pelanggan macam biasa. Dan salah satu dari panggilan aku ada diolog ni:

' kak, tau ke kak Lin engineering dah meninggal dunia.. semalam lepas waktu zohor gitu'
'innalillah..' terkedu aku dengar khabar tu.

Baru minggu lepas aku jumpa bekas rakan sekerja atas urusan pelaburan. Dia ada bercerita tentang Lin yang masuk hospital kerana barah usus. Dan ketika tu Lin berada di hospital Sedang. Katanya Lin memang tenat dan nampak lesu sangat badannya.

Lin, kawan yang selalu datang kelas mengaji dengan ustazah Sharifah Khasif dulu. Ya aku ingat lagi wajahnya yang manis tu.

Sekarang ni aku dah tak pergi kelas mengaji lagi lagi, sebab aku secara rasmi bukanla staff company lagi. Jadi gugurlah keistimewaan  untuk hadir ke kelas mengaji tu lagi.

Menurut rakan aku tu, Lin sakit teruk, keadaannya lemah sangat lepas pembedahan usus tersebut. Kawan aku kata lagi dia ibu tunggal kepada tiga orang anak. Lagi tambah sayu aku dengar. Aku sempat berkirim salam je... Kalau aku nak pergi jenguk kena minta suami izinkan dulu.

Dan hari ni, aku tahu dia telah pergi. Aku dah confirmkan dengan kengkawan lain, memang benar dia telah pergi. Al fatihah buat Lin semoga rohnya di tempat orang beriman dan beramal soleh.

Rasa terkilan skit dihati ini, sebab aku langsung tak jenguknya di wad. Tak jumpa dengannya buat kali terakhir... hanya alfatiah aku sedekahkan buat arwah. Ya Allah tempatkan Lin sahabatku di tempat orang orang yang bertakwa dan di terima di sisimu. Ampunknlah dosanya, ringankan lah bebannya. Selama aku kenal dia, dia adalah seorang yang baik. Amin.

Sejenak aku termenung.. bila pula giliran Allah memanggilku? Mengigil pula hati ini kecut. Bersedia atau tidak, bila Allah panggil kita mesti pergi jua. Cukupkah bekalanku..? Aku jadi kecut perut.. macammana nak hadapi hidup di sana? Ya Allah ampunankan aku .. Palingkan wajahku dan jasadku dari melakukan dosa padamu.. Amin.  

mimpi AZNIL!

gambar ni pinjam kat limauais.com
Sebelum BACA tulisan saya ini, diingatkan artikel ni takde kena mengena dengan sesipa.. cuma nak tulis mimpi aku je.. Yang aku sendiri tak tahu napa aku mimpi macamni.

Disebabkan mimpi malam tadi aku pi jenguk blogspot Paknil. Tak terlintas difikiran aku untuk jumpa Aznil apatah lagi mimpi nak paknil... Kalau aku tengok paknil kat Tv tu just tengok. Macam aku tengok artis lain gak.

Tapi entah pesal, bangun pagi ni terkekeh kekeh aku gelak... gila apa aku mimpi paknil jadi bos aku.. tension!!! Ni mungkin pasal aku tengok rancangan baru astro 'ha..kan dah kena ari tu'. Masa tu mereka kenakan Paknil.

Masa tengok rancangan tu ..aku cakap.. la ni tempat biasa aku. Memang la, tempat keje aku dengan Paknil beberapa meter je, dan umah aku dengan paknil dekat je.
Masa tonton 'ha.. dah kena tu' So aku cakap.. la ni dekat Enterprise 4 Technology Park Malaysia, opis astro kat kat situ tempat aku lalu hari hari masa keje. Tak sedar diri, now dah resign kan.

Aku baru je menjenguk blog Paknil, nampaknya sibuk Aznil Haji Nawawi ni, terbaru blognya di update pada August 2012 tu pun youtube tomtombak je. Apapun TAHNIAH buat paknil kerana jadi antara orang penting Astro.

Dan apa paling best aku suka baca ulasan tentang diri di blog paknil berbunyi :

"Tak sama sebenarnya apa yang anda tonton dengan saya yang sebenar.Saya ni nampak di kaca tv memang gila-gila dan suka bergurau tetapi anda cuma nampak 50 peratus sahaja daripada personaliti saya.Sebenarnya, saya cukup tak gemar dengan golongan yang kurang ajar. Baik orang dewasa, remaja atau kanak-kanak. Kalau saya marah, telinga saya akan merah! Saya ni memang jenis cengeng. Cepat tersentuh dan mudah menangis.Kadang-kadang dengar lagu sedih pun saya boleh tersentuh"

Ye la tu Paknil... karakter yang sama dalam mimpi aku...
 Cerita pasal mimpi aku? ni mimpi je tau... aku tak bohong dan jangan serius lak.. aku mimpi je..mimpinya macam ni...

 Aku tersempak Paknil kat Technology Park Enterprise 4 lobby. Masa tu lak, entah apa cerita pengurus paknil berhenti mengejut. Masa tu juga dia tinggalkan paknil terkapai kapa kat loby tu. Apa ntah diorang berselisih pendapat. Apa lagi riuh la paknil...  kat lobby tu.
Aku lak ada kat situ tengok je la drama tu.. hehheee..

 'Aku nak shooting semua baju aku macammana..' Paknil mebebel...
dan dalam kecoh tu paknil nampak aku, dia diam dan pergi ke arah aku....
Dia tahan aku macam lagak prof klon.. hahahaahaha
Tetiba dia berhenti membebel dan kearah aku. Alamak aku pelik , aku tengok je dia kecoh ...
pesal dia datang kat aku lak ni? Hati aku bercakap sendiri sambil membiarkan paknil datang dekat aku.

'ehh ko dah berenti keje dengan tech park kan? ko je la jadi pengurus aku... lagi pun ko dah biasa kawasan ni.. cepat cepat ada banyak keje nak buat. JOm..' arahnya kepada aku.
Aku lak terkebil kebil.. pesal lak ni? mana paknil tau aku dah berenti keje ni..?

Masa ni la Paknil membebel beri arahan.. Aku nganguk je.. ikut areahan ,..tak cakp nak atau tak nak. Kerja je la.

gambar bi pijamkat currentlife2u.com
'ha baju aku ada lima pasang kat kedai ni ..pastikan ambik sebelum pukul 2 petang. Aku shooting petang ni' pak nil beri arahan.
Sedang aku cal sana sini nak uruskan baju dia, tetiba paknil panggil aku lagi..
'aku rasa nak makan mee goreng la..' paknil cakap kat aku
'tapi aku nak angah yang masak' sambungnya.. lahai cute lak paknil ni..tak gaja macam tua..muda sokmo. macam muda dari aku lak.

La.. macam ni ke paknil? nak makan pelik pelik, aku kena cari tukang masak...letih la aku nak call semata-mata nak cari angah raja lawak master chef tu yang masak,,, nak sekarang lak tu. Ke anagh tu dah buk kedai.. senang la skit aku.'

adoii tension la bos aku ni...

lepas tu terjaga..hahaaaa aku gelak.. ngarut punya mimpi.. pesal la aku mimpi paknil sekali dgn manager nya ? aku tak pernah kenal siapa manager paknil... tak pernah tegur apatah lagi lainnya.
Cuma penonton setia macam macam aznil, suka tengok cara dia. Tapi tak logik pun satu..  Tak mungkin aznil cari manager sesenang dalam mimpi aku, cam gitu jek! lawak lawak.

Apapun mimpi ni mampu buat aku senyum jap.... Terima kasih Allah . Dia yang jadikan mimpi indah.

Jumaat, 1 Februari 2013

hati ayam

Bila aku membebel pasal hati ayam.....
Mungkin ada yg tak perasan ..tapi sebab kat umah aku ada yg suk amakan hati ayam aku amat amatla perasan.... apasal setiap kali beli ayam kat pasar ke ..kat kedai ke seeekor ayam hatinya ada cuma separuh?
bukan sekali dua ..malah berkali kali..napa nak curi hati ayam yang septutnya pembeli beli semua ayam..napa nak bagi separuh separuh? jual kemana lebihnya? adilkah penjual? penipu ke?
pesal la macam ni?

Lagi satu nak mebebel pasal jangan beli hati ayam atau jantung ayam goreng.. darah beku dalam jantung masih ada tak di buang.. kan darah tu haram dimakan?
mebebel je ari ni...



ahaks.. sabik baiknya jagan makan banyak benda dalam..organ haiwan..kan? tapi kalau dah beli tu..hak kita dapat semua..
kalau nak makan juga tu wajib kita bersihkan.. makanlah dr yg baik... aminn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails