Khamis, 24 Januari 2013

Tempoyak pahang

salam ...
Merangkap orang pahang yang glamer dengan gulai tempoyak ikan patin.. semua orang pahang tahu gulai patin tempoyak, satu pahang terutamanya temerloh. Tapi ada juga orang pahang yang tak suka makan gulai tu... rugi memang rugi sebab memang sedap.
Namun setiap dearah di pahang ada keistimewaan tersendiri yang kadangkala takde kat kawasan pahang yang lainnya. Almaklumlah pahang negerinya besar.
Ok la.. cerita pasal tempoyak ni.. memang best.. kalau korang nak buat masak tempoyak..selalunya pasarla tempat kita beli.. tapi bila masak tempoyak napa tak jadi macam orang pahang masak? Heheeheee..
Sebab rahsianya pada tempoyak.. Nak cerita cara buat tempoyak. .rasanya basic resepi utamanya sama la.. isi durian campur garam dan gula lepas tu simpan. Simple je. Tempoyak yang baru dibuat terasa manis duriannya ..yang simpan lama rasa masam. Tu je..
Tapi pernah tak tempoyak korang berbuih dan tumbuh kulat warna putih? Jangan makan ..nanti sakit perut. rasa masam toksah cerita.. masam mencuka!
Terfikir tak napa orang dulu buat tempoyak tak pun rosak? tok aki dulu buat tempoyak bertahun tahun simpan, rasanya sedap je... tau tak napa?
sebab ... pertama kena pakai durian kampung. Di mana durian yang bukan hidup atas dasar kawin campur. Yang isi tebal..yang manis yang warna kuning. semuanya tu takde maknanya.. kalau nak buat tempoyak untuk sehari dua ok la.. Tapi tempoyak sedap dan rasa sedap untuk jangka masa yang panjang dibuat hanya dengan durian kampung yang original. Bukan di kahwinkan dengan durian durian lain seperti dalam pasaran durian sekarang. Sebab tu bila aku buat tempoyak aku tak beli durian kat kedai atau pasaraya. Mesti balik kampung dan cari kat kampung.. Memang betull tahan lama dan rasanya sedap, tak berkulat walaupun tak simpan dalam peti sejuk.

Keduanya cara buat tu, kebersihan perlu.. kami pakai pisau untuk pisahkan isi durian dari bijinya.. dan jaga kebersihan. tak kena air dan masa campur garam dan skit gula guna sudu atau senduk. Simpan tempoyak dalam bekas kaca atau plastik. Kosongkan separuh dr bekas simpan untuk ruang tempotak meruap. sebab tempoyak akan kembang.

Dan di sinilah rahsia gulai tempoyak dan produk yg orang pahang masak tu sedap... kalau tempoyak tak sedap.. masak apa pun tak sedap. Dengar cerita ada peniaga yg tambah pisang dan belbagai sebab nak banyak..wallahualam. Tu KL punya tempoyak yang aku memang tak suka beli sebab tak menepati citarasa, so tak nak komen sangat.

Ok la.. kat sini aku nak bagi satu resepi.. best punya yang orang mungkin ramai tak tahu.
Sambal tumis tempoyak pekat. Ada lagi satu versi kuah cair (tambah air je) . sebab aku suka sambal ni.. sebab boleh di pelbagaikan.Boleh di makan dengan roti dan cucur. Tapi kami kat Raub atau Kuala Lipis (orang pahang panggil Lepis jee)  suka juga makan dengan nasi lemak.
 ok la simple je resepinya.

 Bahan nya
Tempoyak - bahan utama
Cili padi
bawang merah - hiris
ikan bilis - nak tukar udang pun boleh
garam








caranya:
Tumbuk cili padi hancur












 dan letak tempoyak ..tumbuk sekali biar sebati.
















Panaskan minyak, masukkan ikan bilis biar dia garing skit.











Lepas tu masukkan tempoyak dan cili yang di tumbuk tadi.
Masukkan garam dan skit air.. tambahkan bawang merah yang di hiris. biarkan kering  dan sedia di makan.. boleh makan dengan nasi atau roti dan sewaktu dengannya.
Dulu makan dengan pulut kat tepi sawah dengan arwah wan dan aki. bestt. kekadang buat cecah dengan ubi kayu rebus.. kalau ada nasi lemak tu kira mewah dan most complete la..
itu je for today...

12 ulasan:

mama_saly berkata...

As salam..
tq ya sudi follow.salam kenal.

best nmpak tempoyak pahang.terliur..nnti ada masa bleh cuba.

seri hati berkata...

salam perkenalan.. tq dtg balas lawatan..

Nazayiena Ayiena berkata...

Salam kenal dr kak Nurul.
Sedapnya goreng tempoyak ngan ikan bilis.

seri hati berkata...

salam kenal Nazayiena. Tq melawat. Cuba la sambal ni sedap.. tapi dapatkan tempoyak yg berkualiti. agaknya nak ken aletak gred pada tempoyak ni. heheheee

Yantisa berkata...

sedap nampaknya .. nak cuba lah nanti

seri hati berkata...

tima kasih..selamat mencuba

norimah ramli berkata...

best

Amsyahril Syahril berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



faizal jatGTP berkata...

ooh mcm tu ka... kk

faizal jatGTP berkata...

ooh mcm tu ka... kk

faizal jatGTP berkata...

ooh mcm tu ka... kk

Norim Serihati berkata...

Ya.. mmg sedap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails